Friday, December 31, 2010

Alhamdulillah,masih bernafas.

Malam tahun baru sebelum ni,mana pernah tidur awal.Ye lah,konon nak tengok bunga api.Nak countdown sama-sama dengan orang kat dalam tv.Padahal tv kat Malaysia memang dok tayang konsert je 2,3 jam sebelum tu.Sambut dengan penuh kgembiraan,kelalaian.Seronok lah sangat.

Sampai terlupa nak ucap 'Alhamdulillah' sebab Allah masih lagi bagi pinjam nyawa.
Terlupa nak bersyukur sebab Allah masih lagi bagi peluang nak bernafas atas bumi DIA.
Terlupa nak berterima kasih sebab Allah tak tarik lagi nikmat Iman dan Islam yang DIA bagi.

**************************

1 Januari 2011.

Bersyukur sangat,sebab tahun ni dapat sambut tahun baru dengan cara yang lain dari sebelum-sebelum ni.Walaupun jauh dari keluarga,jauh dari Malaysia,saya tetap gembira sambut tahun baru ni.Sebab saya ada kawan-kawan yang best.

Mana tak best nya.Pagi-pagi pukul 4,dah kecoh satu sakan.Bising bunyi orang ketuk pintu bilik.Riuh dengan suara-suara yang nak kejut orang bangun.Mula-mula pelik jugak,sebab azan subuh pun belum.ALLAH..lupa pulak!Kan dah janji nak bangun qiam sama-sama pagi ini.Nak sambut tahun baru dengan solat hajat berjemaah.

Kalau ikut hati,dah nak sambung tidur balik dah tadi.Dah nak tarik hirom semula dah.Tapi,Alhamdulillah,Allah campakkan jugak hidayah nak bangun tadi.Kalau tak,alamatnya syaitan dah berseronok berpesta kot tadi.

Lepas solat subuh dan Mathurat berjemaah,kami main game.hehe.Biarlah tak dapat main bunga api pun.At least game bantal beracun tadi dapat tambah ilmu baru.Mimi pasang lagu sambil pass-pass bantal.Lagu stop bantal dekat tangan aku.Ok,kena jawab soalan.

Mimi : Sebutkan 3 peringkat dalam Ikhlas.

Huh!Dah la tengah mengantuk.Dapat pulak soalan killer.Nak jawab apa pun tak tahu.Nasib baik kawan-kawan saya pandai-pandai.hehe.

Ok,ini jawapan:

Peringkat pertama : Buat sesuatu perkara sebab takut dengan balsan siksaan azab Allah.
Peringkat kedua : Buat sesuatu perkara sebab inginkan ganjaran syurga dari Allah.
Peringkat ketiga dan yang tertinggi : Buat sesuatu perkara semata-mata kerana Allah.

Ha,bagi jawapan macam dalam skema SPM memang senang.Tapi nak buat tu?Allah..tak semudah bercakap.kan?

Tapi tak pelah,tahun baru ni,mulakan dengan baik.Walaupun tahun baru Islam dah 26 hari berlalu.Sempat je nak berubah lagi.Buku rekod pun baru lagi.Sempat je lagi nak decorate cantik-cantik,nak hias elok-elok.Takkanlah nak jadi macam tahun lepas,hantar buku rekod catatan yang buruk.Yang tak siap,yang bertampal-tampal.Kan?



Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.    (13:11)


Kan Allah dah cakap.Ubah diri sendiri dulu.Macammana nak ubah Malaysia yang macam-macam masalah tu,nak ubah gejala sosial yang berleluasa tu,kalau tak ubah diri sendiri dulu.Kan?

"Kalau nak solat subuh pun terkial-kial a.k.a subuh gajah selalu, tak payahlah nak beria berbahas pasal freemas** ke illumina**.Pergilah cari jalan nak bangun awal dulu. Bukan apa, perkara2 tu memanglah masalah ummah, tapi masalah ummah bermula dari masalah individu. Masalah individu bermula daripada dia mengabaikan solatnya.Jangan hanya sedar hujan di luar tapi tak sedar dalam rumah atap dah bocor!" ~ seseorang.

Sumpah terasa!Memang kena betul-betul lah atas dahi.

Ok lah,tak tahu nak cakap ape dah pun.Kena pergi sambung study.

~ Tak dapat nak bayangkan rindunya bila dah tak duduk kat sakan lagi nanti.Mana nak cari nanti kawan-kawan nak solat jemaah sama-sama,nak main tolak-tolak jadi imam kat depan,nak dengar korang-korang bagi tazkirah peringatan lepas subuh,nak baca mathurat sama-sama,nak tergolek-golek ramai-ramai dalam surau lepas solat.So,jom hargai masa yang ada ni betul-betul. =)