Sunday, February 27, 2011

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya  ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).






"Ya Allah,cintai dia.."




Saturday, February 19, 2011

DOMS

"DOMS stands for 'delayed onset muscle soreness' ,which describes a phenomenan of muscle pain,muscle soreness or uscle stiffness that is felt 12-48 hours after exercise,partticularly at the beginning of a new an exercise program,after a change in sports activities, or after a dramatic increase in  the duration or intensity of exercise." - sumber

Currently in this situation.And yes,it is quite annoyed.

Lagi-lagi bila; 

"zati,jalan pun dah macam orang dalam lepas pantang ni.ok ke tak?"

"ijat,sakit lagi ke?nak pergi markaz sihhiy?"

haih.tensi.tensi

-Izzati.Allah tarik sikit je nikmat ni.Dah merungut macam-macam.

=_=' *dush,untuk diri sendiri*


Betullah,manusia tu baru tahu nak bersyukur bila nikmat kena tarik.Allah tarik sikit je pun nikmat sihat yang dia bagi pinjam sekejap ni.Tu pun,macam-macam dah mengeluh.

*dush* lagi sekali..

Bila berat dah tak segan silu menambahkan angka,bila dah hari-hari mengepam makanan dan mengulit mata je kerja,ni lah jadinya.Dah 5 bulan x sentuh bat pingpong,tak buat vigorous exercise,tiba-tiba main non-stop dari pagi sampai maghrib,muscle-muscle semua pengsan terkejut sebab not well-prepared.Ingat nak main biasa-biasa je,buat lepas gian,tiba-tiba dapat masuk final.Double and single pulak tu.Sekali harung je dari saringan sampai final buat dalam masa sehari.Main pulak dengan otai-otai pingpong,legend-legend semua.Mahu tak berasap.Mantap gile semua-semua.*sungguh,segan.*

Tapi,nasib baik rumah merah menang no 3 tadi.Alhamdulillah.Sunguh rasa berbaloi sakit-sakit badan.Walaupun sumbangan taklah sebesar mana.Walaupun tak dapat turun padang tengok orang main untuk 2nd day,juga tak dapat tengok majlis penutup,tahniah,untuk kamu-kamu semua.Untuk yang menang main baling selipar,galah panjang,lompat getah,etc,etc.Kagum!*sebab tak reti lompat getah pun,baling selipar lagilah selalu kalah. =p*

bendera rumah yang sangat cun.setan dah bertukar jadi petani.
*credit to kak nana,the captain. =)


-moga Allah mudahkan urusan,beri kesembuhan.tak tahu macmammana nak berkejar-kejar pergi kelas yang jauh-jauh dan takdek gap setiap hari. =(
-dah tanam azam baru dengan pico.bertekad nak pergi main ping pong every weekend.taknak bagi muscle-muscle ni merajuk lagi. ^_^  *kak farhanah,kiteorg book rumah akak yep*
-bila cakap kat abah sakit sebab main,kena gelak je.haih.dah la tak menang.buat malu jep.balik cuti nanti memang la kena praktis dengan abah betul-betul.tu lah,dulu selalu ngelat bila abah ajak main.kan dah padan muka.*dush lagi*

Wednesday, February 16, 2011

pengganti makhluk putih

Hari tu ; 

Abah : kaklong,dah beli handset baru ke?

Saya : belum.tak retilah nak beli handset sendiri.tak tahu nak beli yang macammana.

Abah : tak pelah.nanti abah try survey handphone kat sini.kalau ok,nanti abah beli.kirim dekat ira.

Saya : ok.


beberapa hari kemudian


Abah ; abah dah beli handset.flight ira balik jordan semula esok.nanti pergi la ambik kat rumah dia.

Saya : abah beli handset ape?

Abah : tengok je la nanti.ummi yang pilih.tak tahu la kaklong berkenan ke tak.

Saya : ok.

kemudian..




ini kiriman dari ummi abah.serius terkejut,terharu,tak-tahu-nak-cakap-apa.
niatnya nak beli yang biasa-biasa sahaja.tak tahu pulak abah beli yang macam ni.
rasa bersalah pun ada.sebab mintak abah belikan.tapi nak buat macammana,anak perempuan abah yang sorang ni tak cukup matang lagi.nak beli handset sendiri pun tak reti. ^^

lepas dapat makhluk coklat ni,terus contact ummi abah.haih.rasa nak nangis pun ada dapat surprise macam ni.

ummi cakap ; 

"ummi abah happy je kalau kaklong suka.jaga betul-betul handset tu,belajar rajin-rajin.ummi abah doa selalu kat sini."

simple.but enough to make me burst out into tears.

ummi,abah.terima kasih banyak-banyak.kaklong janji jaga amanah ni betul-betul.janji tak bagi masuk washing machine lagi.

untuk makhluk putih,saya mintak maaf.makhluk coklat ni dah jadi kawan baru saya.awak jaga diri elok-elok ye dalam laci tu. =)

oh,ya.dapat makan sambal belacan ummi setelah 5 bulan cukup untuk buat hati ni meronta-ronta nak balik rumah.3 bulan setengah lagiiiii....(yup.saya dah buat countdown)

duhai hati,sabarlah. T_T

ok.enough izzati.OC tak baca lagi.juz 3 tak mengulang lagi.page baru tak hafal lagi.
*admit yg sisa-sisa bersenang-lenang time cuti terbawa-bawa lagi sekarang.haih.apa nak jadi.

till then,tata.

Monday, February 14, 2011

Tarbiyah Gunung Sinai

* gambar dicaptured on the way turun dari gunung sinai.


“Demi (buah) tin dan (buah) zaitun,
demi gunung Sinai,
dan demi negeri(Mekah) yang aman ini.
Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,”
[95:1-4]

"..Tiap kali kita membuka mata, belajarlah bahawa dari mata itu,
ALLAH mahu kita melihat keindahan ciptaannya..
Berbekal akal kurniaan Ilahi, belajarlah bahawa dengan akal itu,
ALLAH mahu kita berfikir tentang kebesarannya.."


Monday, February 7, 2011

harta qarun

Tasik Qarun at Fayyoum,Egypt.
[seluas mata memandang]



Wasiat Rasulullah s.a.w kepada seorang ghulam (budak kecil) ; 

"Kalaulah seluruh manusia dan penguni dunia ini bergabung untuk memberi sesuatu kebaikan kepada kamu,nescaya mereka tidak akan dapat memberikannya kepada kamu."

"Tetapi kenapa masih juga mendapat kebaikan?"

"Kerana itu telah dituliskan oleh Allah untuk kamu."

"Kalaulah seluruh manusia dan penduduk dunia bergabung untuk menjatuhkan dan memusnahkan kamu,nescaya mereka tak akan dapat melakukannya."

"Tapi kenapa masih jatuh juga?"

"Kerana semua itu telah dituliskan oleh Allah untuk kamu".


Maha Besar kuasa DIA kan?Betullah,setiap apa yang berlaku dalam hidup kita,memang yang terbaik untuk kita.Dah disusun,diatur dengan cantik oleh DIA.Tak semestinya kita dapat apa yang kita suka,dan tak semestinya kita akan suka apa yang kita dapat,sebab Allah Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu.Sebab tu jugak,kita kena yakin dengan rezeki yang dah ditetapkan untuk kita,kan?

*muhasabah untuk diri sendiri.


notakaki ; untuk kisah Qarun laknatullah,boleh rujuk surah al-Qasas;ayat 76-83.



Thursday, February 3, 2011

Aiskrim,tumbuk dan goreng.

Ini aiskrim tumbuk Bakdash;
made in Syria.


Ini pula aiskrim goreng Batu Buruk;
made in Terengganu.



Conclusion ; makanan Malaysia tetap menjadi pujaan hati. =)