Sunday, December 5, 2010

CINTA itu



Umm Qays,Jordan.



“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling-mengunjungi kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku.”

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab al-Musnad.



Cinta ALLAH.

sungguh.
senang diungkap,dituturkan.
tapi,untuk menggapainya,tak semudah itu.


mampu ke kita?
bercinta dengan Allah secara realiti?
ya,realiti.
bukan hanya dengan angan-angan terhadap Cinta Ilahi.



“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
3:31


tengok.
Allah dah bagi guide pun.
dalam surat cinta DIA untuk kita.
but how?
ya.
dengan mencontohi Rasulullah.
kekasih Allah.
Uswah Hasanah.

nak meraih cinta Allah kan.
kena lah jadi macam kekasih DIA.

tapi,
macam susah je..



"Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.
Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya."
-Ustaz Hasrizal.


benda-benda ni takkan imposibble.
kalau kita mahu.
antara nak dengan tak nak je.

contoh paling mudah,
macam Imam Ibnu Qayyim dah cakap,
dalam buku dia,'Mahabbatullah'

Antara tahap-tahap menuju wahana cinta Allah;

 "Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar. Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah swt. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak bisa ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan “Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas mahluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan semacam itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.


Subhanallah.

benda yang dah ada depan mata.
rugi sangat kalau tak guna.
ye lah,
adat bercinta.
surat cinta kena lah baca hari-hari.
kan?

kalau dapat peluang untuk hafaz kalam Allah tu.
lagilah nikmat.
peluang untuk berdamping dengan Quran.
jadi hamalatul Quran.
Allah.
syukur sangat-sangat.
bukan semua orang terpilih untuk rasa nikmat tu.

tapi,
'laisa fi zikr,walakin fi qalb'
hafal dengan hati,untuk ambik intipati.
sebab,
Quran yang dihafal ni boleh bagi 2 benda je,
Manfaat dan Laknat.
bukan untuk dibanggakan.
tu yang Murabbi az-Zikr saya cakap.


Doa Nabi Daud;


Rasulullah S.A.W bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’a.s ialah: 
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” 

(HR Tirmidzi )


notakaki; muhasabah diri sebenarnya.sangat terkesan dengan breakfast pagi tadi;santapan rohani from kak Munirah.semoga bermanfaat untuk diri ini,dan orang lain juga.masih tak terlambat nak mencari cinta Allah ni.it's better late than never,rite?



3 comments:

Zafer Muslim said...

tambahan pula kita yang tengah sweet 18 ni. hidup penuh pilihan, persimpangan. bukan rintangan sangat. cuma bercabang.
perangkapnya satu: keliru. gagal membuat pilihan.

aku rasa macam dah termasuk perangkap tu. tapi aku akan teruskan mencari jalan yang benar, sebagai seorang hambaNya...

semoga kita semua senantiasa di bawah payung rahmatNya... :)

-hazen said...

bukan hanya dengan angan-angan terhadap Cinta Ilahi.

nampaknya saya banyak berangan.

nazreiy said...

doakan aku supaya jd hamlatul Quran n pendamba cinta Kekasih Agung juga...amin..