Monday, January 3, 2011

Nilai air tangan ibu




Oh,entry kali ni memang pasal makanan lagi,tapi  ini bukan calang-calang makanan.Bukan selalu dapat jumpa.Orang cakap ape,rare?Ha..Ini sebenarnya lauk dinner kami malam ni.Air tangan Auntie Ros yang bermurah hati nak masakkan untuk kami.Auntie Ros tu mak Wahida,yang datang bercuti di Jordan dan tinggal sekejap bersama kami di sakan kuning ni.


Dapat rasa air tangan seorang ibu kat tempat orang ni,nikmat dia memang tak tahu lah nak cakap macammana.Balik-balik kelas,makanan dah siap masak.Rendang ayam pulak tu.Masa tengah hidang makanan tu,muka sorang-sorang dah nampak lain.Semua muka tahan sebak-rindu-masakan-mak-kat Malaysia.

Sambil-sambil makan tu pulak,borak-borak dengan Aunty Ros.Yup,nasihat seorang ibu dekat anaknya.Ha,aunty Ros ni doktor.Well,when a 20-years experienced doctor talking to you,kalau tak rasa semangat tu membara-bara naik,tak tahu lah.Nak-nak pulak,tengah-tengah musim exam ni.

Ok lah,sementara tengah bersemangat waja ni,nak sambung study bio balik.Terima kasih kepada auntie yang sudi melayan kami kat sini.

Lepas ni,kalau ada orang jerit "Wahida,mak panggil.." kat dalam sakan,memang nak kena.Saja nak bagi orang touching musim-musim exam ni.




6 comments:

azwan wahab said...

fuhhhh.....terbaik r.....nnti msti nas marah sbb post pasal mkanan.....wakaka

timme said...

can't wait nak balik bulan 6 nieh =.='

Kun Zalameyh said...

azwan: bila mak ang nk mai mlwt ang..
leh aku meqasa mknn mak ang plak... hahahaha

aqilah said...

nak AFTER auntie ros untuk sakan jpa plak!:P





pliss.pliss.pliss.

Cidak said...

jemput auntie ros masak rumah saya plak..apamacam?

`Izzati Idris said...

aunty ros da balik msia pagi tadi.maaf la ye.