Tuesday, January 25, 2011

Travelog

Update dari bumi Mesir ; ardhul Kinanah,ardhul Anbiya',ardhul Awliya',ardhul Fara'inah.

10 hari sudah.

2 hari lagi,sebelum meninggalkan bumi ini.Entah kenapa,macam sedih.

Sebelum sampai sini,macam-macam dengar cerita.

"Mesir kotorlah.Mesir banyak debulah.Mesir sesaklah.Mesir itu,Mesir ini."

Bila dah menjejakkan kaki,baru tahu hakikat sebenar.

'Indah Rupa Dari Khabar';hanya itu yang terlafaz.

Ternyata,masih banyak mutiara yang perlu dicari,masih banyak ilmu yang perlu dikutip,masih banyak benda yang perlu ditadabbur,masih banyak kisah yang perlu diambil ibrah,masih banyak qudwah yang perlu dicontoh.

2 hari berbaki.Moga sempatlah harapnya.

'Sungai Nil yang membasahkan hati,semangat Salahuddin al-Ayyubi yang membangkitkan ruh,kisah Musa a.s. dan firaun yang mengalirkan ibrah,maqam awliya' dan anbiya' yang menambahkan iman,gunung Sinai yang menguji keikhlasan,pantai Iskandariah yang menghembuskan ketenangan,juga perairan Dahab dan Taba yang mennggamit kedamaian'

Sungguh,akan ku kembali mentadabbur alammu.

3.04 a.m,
beit Kauthar,
Saiyeda Zainab,
Kaherah,Mesir.

*********************************************

-mood tak boleh melelapkan mata selepas perjalanan 6 jam dari Taba ke Cairo.
-gambar dan cerita nanti ye,EnshaAllah.
-mungkin saya tak mampu bawak balik souvenir untuk semua,tapi saya ada ibrah dan ilmu untuk dishare dengan anda-anda sekalian.moga bermanfaat.
-oh,bakal transit di Jordan 2 hari sebelum berangkat mentadabbur bumi Syria kemudiannya.moga Allah mudahkan segala.doakan.

2 comments:

Aliyah Al~Istiqamah said...

nak gi syria pulak ke
jangan lupe dating kite 4 dan 5 hb ni ye ? =)

`Izzati Idris said...

hehe.mana boleh lupe.rindu sgt dh ni. =)