Friday, January 7, 2011

Banjir oh banjir


Walaupun jauh kat tempat orang,sekali sekala kena la update juga dengan perkembangan tanah air,kan?


Klik untuk tumbesaran.*Harian Metro.

hari persekolahan yang tergendala sebab banjir.


muka-muka gembira bermain air,mengharapkan esoknya akan banjir lagi.


budak ni frust tak dapat belajar sebab sekolah banjir,lalu mengambil keputusan untuk balik main game PES kat rumah.

the housing area.penduduk di kawasan ini dah hampir 2 minggu dipindahkan ke pusat pemindahan banjir sebab air yang tak surut-surut.

kasih ibu;menyelamatkan anak kecil dari taska berhampiran.


kepada peminat nasi lemak mak cik kiah,harap dapat bersabar buat sementara waktu.jualan tidak dapat dilangsungkan kerana gerai ditenggelami air.

kereta-kereta  yang dilelong  diselamatkan.

merc ni dengan riangnya meredah air.(tapi dengar cerita lepas tu x boleh nak start enjin,tersadai tepi jalan.)

kata pakcik baju kuning ; " walaupun aku tak dek mercedes mata belalang,at least sampan aku berguna juga musim-musim macam ni'


"adik,balik rumah.mak marah main air banjir,bahaya!",kata si kakak baju merah kepada adik baju oren.


Lokasi kejadian adalah sekitar daerah Kuantan,Pahang.Dilaporkan bahawa banjir ini bukan berpunca dari masalah perparitan mahupun pelongkangan,tetapi disebabkan oleh hujan yang turun berterusan.Walaupun air sudah hampir surut setelah hampir 2 minggu kejadian,dijangka ia akan berlaku lagi selepas ini.Justeru,doa dari semua amat diharapkan,baik yang berada di dalam mahupun luar negara.Semoga perkara yang lebih buruk dapat dielakkan,dengan izinNya. - Sinar Hairan.


*sumber gambar; Facebook Cikgu Awin.(maaf cikgu,gambar dari kamera abah tak dapat diterima lagi.modem internet dekat rumah tenggelam air banjir)
*untuk gambaran yang lebih jelas,boleh 'tonton' buletin utama tv3 edisi 6 januari.
*caption-caption gambar hanyalah rekaan semata-mata,tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun meninggal dunia.harap maklum.











No comments: