Monday, November 1, 2010

I deserve it.

With the name of Allah,

Time mengulang hafalan semalam,
terjumpa ayat ini,

"..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal ia baik bagi kamu.
boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia tidak baik bagi kamu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
Al-baqarah;216

terhenti sekejap.
yup.sangat terkesan dengan ayat ni.
terasa sangat.

exam baru2 ni.
sangat men'down'kan semangat.
kadang2 sampai terfikir,
layak ke aku berada kat tempat ni?
layak ke aku nak hadapi semua ni?

jahilnya aku,
bila rasa yang Allah tu tak adil,menghukum aku.
busuknya hati ni.
padahal Allah tu Maha Pengasih.
takkanlah Dia takdirkan ujian untuk menyusahkan hambaNya.


sungguh.ayat ni menyedarkan aku.
ujian yang Allah bagi ni,mesti ada hikmahnya.

mungkin aku dah terlalu jauh dengan Allah.
ujian ni,utk aku taqarrub semula dgn Allah.
Allah sentiasa rindu dengan doa hambaNya,rayuan hambaNya.
sangat tidak bersyukur,bila aku tak mengahargai kerinduan tersebut?
kan?

yup.
aku kena cek semula diri ni.
muhasabah semula.
ujian ni,untuk recharge iman.
bukan untuk jauhkan diri dari Allah.
dengan menyesali takdir yang ditentukan.

betullah,ade org cakap.
UJIAN ITU NIKMAT.
nikmat untuk dekatkan diri dengan Allah.
nikmat tu,sebagai tanda kasih sayang DIA kat kita.


"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”
Surah Ali Imran;142.


Semoga aku dapat lebih bersabar.
dengan ujian yang aku terima.
Ya Allah,ampunkan hambaMU,atas keterlanjuran ini.


moga doa nabi sulaiman ini,
dapat menjadi penguat semangat.


"Ya Tuhanku,anugerahknalah aku ilham,untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku,dan kepada kedua orang tuaku,dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai;dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh'
An-naml;19.


Ameen..





1 comment:

Mohd Amin Bin Ahmad said...

Sesungguhnya membaca al-Quran sambil tadabbur lebih baik dari membaca tanpa memahaminya..