Tuesday, November 30, 2010

Exam

Bismillah.
dalam fatrah imtihan skarang.
ye,esok exam.
dan saya menaip entry di malam exam.
*sila jangan marah ye hanan*
hehe

otak dah tepu sebenarnya.
baca buku dari pagi tadi.
walaupun tak lah membaca sangat sebenarnya.
plus,suhu yg agak sejuk.
juga,terpaksa menahan kesakitan itu.
akibat stok painkiller yang dah habis.
-_-"
ok.sangat menguji keimanan.
tapi takpe,
sakit tu kan kifarah dosa.
*ayat nak sedapkan hati*



S-T-U-D-Y


oh ya,
esok saya exam chemistry.
lusa - biology
day after tulat (tak tahu nak panggil ape) - english and arab


doakan saya.dan juga kawan-kawan saya yang lain.
moga dimudahkan segala urusan kami untuk exam kali ni.
harapnya doa kami.juga kalian diterima Allah.




dinner kami mlam ni.
minggu exam ni memang payah sikit nak tengok dapur berasap.
nasib baik sakan kuning ni sebelah je dengan kedai  beriyani hindi yang kecik comel.
ada delivery pulak tu.
Alhamdulillah.


sebenarnya,
nak bagitahu.
saya jumpa benda yang best masa study tadi.



nota chemistry saya yang comot


nampak tak equation tu?
sweet kan?

betul lah.
macam status kawan saya kat fesbuk tadi.

MashaAllah~ sungguh indah rasanya apabila mengaitkan semua bidang ilmu(akademik&agama) kedalam 'satu'...nescaya,kita akan berbalik kpd Al-Quran semula..berbalik kpd ALLAH :)


sungguh.
apa-apa yang kita buat.
takkan boleh lari dari DIA.
sebab DIA Tuhan kita.
semua ni milik dia.
kan?


ok lah.
cukup membebel.
nak sambung study.
professor fink dah panggil.
video cellular respiration dia tak habis tengok lagi.
^_^





notakaki ; seronok sebab dah tahu lirik qasidah imam rusli.dengan translation pulak tu.selama ni main baca sukahati je ikut budak-budak soutul huffaz nyanyi kat maahad dulu.[walaupun mood sronok itu agak spoil sebab juz 6 x lancar. =(  ]





Saturday, November 27, 2010

AWAK.DAH.TAK.MUDA.LAGI.

hehe.
the title is a respon to Shidah's entry.
Welcome to the club Shidah!
semoga iman kamu bertambah,
seiring dengan peningkatan usia.
hoping you to have a blissful life ahead.

dari form 1 kite kenal,
sampai la sekarang.
ni kot first time kita celebrate birthday awak sama-sama.
kat jordan tanah syam ni.
ye lah,
birthday awak hujung tahun sangat.
dah cuti sekolah masa tu.
bukan sengaja tak nak sambut kan?
hehe

ok lah,
let the pictures talk.


the cheesecake.
dibuat dengan penuh kasih sayang oleh kami.
^_^



menu kami~
nasi impit + masak lodeh
spagetti bolognaise
cheesecake
getuk ubi
kami suka masak dan makan.
ya,saya tak menafikan hakikat itu.
=p

masak lodeh.
jangan tanya kenapa kami masak makanan ni.
sungguh,mood merindui makanan raya malaysia tak abes lagi.



hanan,
ni lah kuih getuk ubi.


close-up.
yg kaler oren itu,carrot parut.
menggantikan kelapa parut yang amat susah utk didapati di jordan ini.

the making of cheesecake.

yummy!!


the last pieces.
suka berebut-rebut part ni.
sebab orang cakap.
kalau dapat makan part ni,dapat suami soleh.
(tak tau betul ke tak)
hehe

kawan-kawan yang saya sayang.

birthday girl,
semoga kamu gembira dengan hadiah kami yang tak seberapa ni.
semoga ukhuwah ini kekal,diredhai Allah.



notakaki:  kepada yang tak sempat merasa ciskek itu.maaf ye.lepas exam ni kita buat lagi. =) [doakan kami,kanak-kanak first year untuk exam kali ni]







Wednesday, November 24, 2010

rehat kita hanya di syurga

Apabila kepenatan menguasai diri.
teringat kata-kata Imam Ahmad bin Hanbal;

"Rehat kita hanya di syurga"

Sungguh.
hanya Cinta yang dapat membuang segala kepenatan ini.
Cinta pada Yang Menciptakan
Pemilik segala Cinta.

Ya.
saya sangat perlukan Cinta itu.
untuk terus bertenaga.
di atas jalan ini.
moga dikuatkan hati.

Monday, November 22, 2010

Iftar Jama'ie Sakan Kuning

Alhamdulillah.
baru lepas iftar jamie.
dengan penduduk sakan kuning yang best.
asyik makan je budak-budak sakan kuning ni.
mana lah tak naik berat.
lepas tu,sibuk diet pulak.hehe.(bukan saya)

today's menu-simple but nice.
menggunakan sepenuhnya daging-daging sedeqah qurban Permai.
dan juga lebihan bahan-bahan masakan open house aidil adha hari tu.

hasilnya....


simple.



daging blackpepper



telur dadar serunding


agar-agar santan.

Alhamdulillah.
rezeki kami hari ni.
moga Allah berkati.
^_^





Sunday, November 21, 2010

Az-Zikr dan Kami


1st meeting wif murabbi gen 6;kak munirah.
diberi tugasan.
berbekalkan sekeping kertas,sekotak krayon.
hasilnya..



pictures~credit to kak munirah


mine. =)















side view


husna's

i love her quote;

"Al-Quran give me light,and Az-zikr give me the path towards the light"

sweeeeet...sangat.kannn???

memetik kata-kata kak  munirah;

"They'd wish to say this to the rest of the family"

love;
gen 6 .



Wednesday, November 17, 2010

Good Luck SPM

Dedicated to;
Mohd Izzuddin Idris


dear a.ngah,
spm juz around da corner.
jangan main2 lagi.
exam ni penting.

do your best in the exam.
jaga kesihatan.
jaga hubungan dgn Allah.
solat hajat jgn tinggal.
doa selalu.

buat molek-molek.
you are the only brother i have.
the only son of ummi n abah.
kamu yg kena jaga adik2 nanti,
jaga kaklong.
ingat,besar tanggungjawab tu.

jangan lupe inform tarikh exam kat ummi abah.
call ummi abah selalu.
duduk kat hostel elok2.
jangan bagi ummi abah susah hati kat rumah.

man jadda wa jada,wa man zara'a hasoda.
siapa yang berusaha,dia kan berjaya.
ingat,janji Allah tu pasti.

Good Luck!
All the best!

Kaklong mendoakan dari jauh.



p/s;hope mesej ni sampai.tak pandai nak bersastera berbahasa ni. =)






Friday, November 12, 2010

Yeah,we spend our weekend wisely


today is friday.
friday is holiday.
holiday for a week.

pagi-pagi jumaat yg sejuk.
jalan kaki dari stadium to syidah n yam's house.
lepak-lepak ramai-ramai.
pegi pasar,beli barang.(diorang je,aku tak.hehe)
then,bermulah misi kami.
MASAK

boring-boring sikit masak.
pastu makan.
ni la perempuan.
hehe.
takpe,fitrah.
normal la tu,kan?

guess what?
kami telah berjaya menghasilkan.
a-typical-traditional-malay-cuisine.
based on,a plastic of keledek.
yang diberi oleh seorang pak cik arab.



ade sape2 tahu name kuih ni ape?
yes,pandai.
kuih CEK MEK  MOLEK.
bagi sape-sape yang berada di malaysia sekarang.
mesti tak heran dah tengok kuih ni.
tapi bagi kami yang berada di sini.
sangat-sangat excited.
seronok.
batak.
ya lah,kat sini mane ade kedai tepi2 jalan jual kuih ni.

then,
aktiviti diteruskan.
dengan memasak main dish.

today's menu ~ NASI AYAM.



hehe.
food garnishing itu.
dibuat oleh mereka-mereka yang kebosanan.
boleh la kot.
ambik tender untuk makanan pengantin.
nak-nak musim orang nak kawin kat irbid ni.
hehe



ni puding marble
specially made by asma'.
cantik dan sedap.


kasi siram dia punya kuah sket.
pergh..mantappp!!

eh,lupe plak.
ade lg.
appertizer.


haha.comel tak??
tu la aku cakap.
kiteorang memang boleh ambik tender ni.
haha.
kalau aku jadik budak2 kecik ni.
daripada tak suka makan sayur.
konfirm2 makan kalau mak aku buat macam ni.
hehe.
err..ada bakat tak kami??
haha.



yummy!
Alhamdulillah,rezeki kami hari ni.


lepas makan.
borak-borak.
solat asar sama-sama.
then naek 'sutuh' rumah shidah.
seronok.
ambik angin petang kat atas tuh.


view of irbid.


lagi.
bangunan kat sini semua kotak-kotak.


kami yang gembira.
asma' is missing.
pegi perjumpaan bekasj.


hari ni nak pergi jalan lagi.
hehe.

~ sutuh = rooftop.rumah kat sini memang semua ade rooftop kat atas.kalau aku nak buat sutuh nanti kat umah kat malaysia,agak-agak boleh tak?






Wednesday, November 10, 2010

Teka - teki

Soalan 1 : Antara banyak2 zinjer di bawah ini,yang mana paling sedap?
Soalan 2 : Yang mana pulak paling murah?


zinjer mat'am dhaiah.



zinjer mat'amji.




zinjer mujamma' sheikh khalil



zinjer mujamma' JUST



zinjer mat'am kat balad.(tak ingat name mat'am tu ape.)



banyak lg sebenarnya zinjer yg sudah dimakan,tp selamat masuk mulut dulu b4 dicapture.hehe

ade sape2 nak jawab teka-teki ni?
hadiah utk pemenang,kite cakap belakang eah.hehe


notakaki; 
zinjer- sejenis makanan
mat'am - restoran
mujamma' - perhentian bas
balad - pekan

Saturday, November 6, 2010

takdek motif.

assalamualaikum.
warning awal2,
entry ni takdek motif.
sila jgn bace.
kalo tak mahu buang mase,ok?


tadi exam bio lab.
last subject utk 1st exam ni.kot.
masuk ni dh 3 kali weekend ade exam
cuti sehari je setiap mggu.
sangatlah tidak seronok.


so,untuk lebih seronok.
perkara2 yg tak sepatutnya dibuat.
telah pun kami buat.

antaranya;

menggedik di malam exam.
dengan stokin2 yg dibeli di balad.
comel.macam aiskrim.hehe
sila abaikan colour2 sktokin itu.
fitrah wanita.


ni sebab dah muak bace buku bio lab kot.
tapi aku bukan study sgt pon.
main je banyak.
dieorg logik la kalo nak muak.


merayau2 di sekitar just lepas abes exam.
seronok.sebab hari cuti.and tak dek org.
pak cik guard je yg ade.




pintu gerbang JUST.
sila pay attention kat awan tu.
subhanallah,sgt cantek kan?



jumpa pokok ni kat dlm JUST.
kat landskap dpn pintu gerbang tu.
tak tahu name buah ni ape.
buah tamar,mungkin?hehe.

then,
pegi arabella mall lepas exam.
meronggeng ke?
mestilah tak.
pergi usrah la.
ini betul,oke.
tak tipu.
tak caye tanye kak bibot.



view dari tingkap food court arabella.




tak banyak kan kiteorang makan?



wedges+chilli+cheese at chilli ways.rase die cam rendang.kot.

 ok.cukup sesi merepek.
terima kasih diucapkan kepada kak bibot.
yg sanggup jugak berusrah dgn kami mlm ni.
walaupun esok ade exam histo.
gud luck,akak!
chaiyok2.


p/s; pictures,credit to nad n her camera.hehe.sebab camera aku rosak lagi.tak tahu bile nak baiki beli baru.camera kat jordan ni oke tak?