"Pada hari itu kamu semua dihadapkan (untuk dihisab), tidak ada suatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi. Maka siapa yang diberikan menerima kitab amalannya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan suka citanya kepaada siapa yang ada disisinya) : Nah! Bacalah akan kitab amalanku ini sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin bahawa aku akan menghadapi hitungan amalan ku (pada hari yang ditentukan). Maka (dengan itu) beradalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, di dalam syurga yang tinggi (darjatnya), buah-buahnya dekat untuk dipetik. (Meraka dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan) : Makan dan minumlah kamu akan makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amalan-amalan soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia). Adapun orang yang diberikan menerima kitab amalannya dengan tangan kirinya, maka akan berkata ia (dengan sesalnya) : Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan kitab amalanku dan aku tidak dapat mengetahui akan hitung amalanku. Alangkah baiknya kalau kematian ku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi) harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikit pun."
buku catatan tu!!
banyak lagi comot-comot,buruk-buruk,koyak-koyak.selekeh betul!
hari tu dah kata nak hias cantik-cantik,bersih-bersih.
tapi tak selalu masa rajin tu datang.banyak je alasan yang bagi.sibuk lah,penat lah.
ahh,nama pun manusia!
teringat...
adik : 'kakak,nak download cerita korea tu boleh tak?semua kawan-kawan adik dah tengok.dieorang cakap best.'
kakak : 'hari tu kan dah cakap tak nak tengok movie dah.nak stop dah.'
adik : 'ala,kali ni je akak.sekali je.betul.janji.'
kakak : 'ikut adik la.tapi kalau nanti kat akhirat Allah tanya,adik nak jawab ke masa yang Allah bagi tu adik guna utk tengok movie?'
tu la.DIA nak terima ke alasan kita tu nanti?
DIA nak terima ke buku yang selebet tu?
takut-takut,kalau dia bagi balik buku tu untuk kita terima dengan tangan kiri.na'uzubillah.
'ya Allah,jadikanlah aku daripada kalangan yang sedikit'
*muhasabah*
tekateki : ayat kat atas ni dalam surah apa?yang masyi-masyi tu,boleh la jawab. =)
1 comment:
tanbih utk org yg lalai mcm aku juge...
Post a Comment