Monday, February 7, 2011

harta qarun

Tasik Qarun at Fayyoum,Egypt.
[seluas mata memandang]



Wasiat Rasulullah s.a.w kepada seorang ghulam (budak kecil) ; 

"Kalaulah seluruh manusia dan penguni dunia ini bergabung untuk memberi sesuatu kebaikan kepada kamu,nescaya mereka tidak akan dapat memberikannya kepada kamu."

"Tetapi kenapa masih juga mendapat kebaikan?"

"Kerana itu telah dituliskan oleh Allah untuk kamu."

"Kalaulah seluruh manusia dan penduduk dunia bergabung untuk menjatuhkan dan memusnahkan kamu,nescaya mereka tak akan dapat melakukannya."

"Tapi kenapa masih jatuh juga?"

"Kerana semua itu telah dituliskan oleh Allah untuk kamu".


Maha Besar kuasa DIA kan?Betullah,setiap apa yang berlaku dalam hidup kita,memang yang terbaik untuk kita.Dah disusun,diatur dengan cantik oleh DIA.Tak semestinya kita dapat apa yang kita suka,dan tak semestinya kita akan suka apa yang kita dapat,sebab Allah Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu.Sebab tu jugak,kita kena yakin dengan rezeki yang dah ditetapkan untuk kita,kan?

*muhasabah untuk diri sendiri.


notakaki ; untuk kisah Qarun laknatullah,boleh rujuk surah al-Qasas;ayat 76-83.



2 comments:

Zafer Muslim said...

sungguh, cerita tu bagi aku rasa tanang sikit.

`Izzati Idris said...

alhamdulillah.
moga bermanfaat hendaknya.
=)