Sunday, April 24, 2011

It hurt




When someone gives you something,never say;
'You shouldn't have.'
Remember that cruel words deeply hurt.


*candid picture,captured at Alexandria,Egypt during 2011 winter break-taken randomly from the trip album.(half an hour in the photo editor,for sure!)

Tuesday, April 12, 2011

ummi




semalam,
baru jumpa lagu ni.ada kawan bagi dengar,masa nak stuy oc.sekali dengar,terus jatuh cinta.lepas tu terus dengar dan dengar,lagi dan lagi.ulang dan ulang.biarpun setiap kali itu,jiwa jadi sebak,air mata jatuh.

semalam juga,
call abah.niatnya nak revive semangat.nak motivational talks dari abah.exam dah dekat tapi tak ada perasaan pun nak ambik exam.teruk kan?

tapi,nada suara abah lain,tak ceria macam biasa.lepas tu abah cakap,'kaklong,ummi sakit'.
and abah pass telefon dekat ummi.tapi suara ummi tenang je.ummi cakap baru balik dari hospital,baru lepas kena diagnose dengan penyakit ini dan juga ini.sungguh-sungguh ummi cakap ummi ok je.ummi cakap tak teruk.ummi cakap jangan risau.

tahu je,ummi nak sedapkan hati anak dia.ummi tak nak bagi anak dia tension.ummi nak suruh anak dia fokus belajar.

bila tanya doktor nak buat treatment apa,ummi cakap,'kena buat operation,tapi tak apa lah.tunggu kaklong balik dulu la'.serius,terus rasa macam nak terbang balik malaysia time tu jugak. TT_TT

patutlah,mula-mula dulu,bila cakap tak nak balik cuti sem ni sebab nak pergi jalan,ummi tak bagi.
patutlah,bila cakap exam habis 30 hb tapi tiket balik 5 hb,abah suruh cepatkan tarikh tiket.

50 hari lagi.50 hari lagi.nak masa cepat-cepat berlalu.nak exam habis cepat-cepat.nak balik malaysia cepat-cepat.saya kena terus kuat,dan jadi makin kuat.saya kena tetap fokus.saya kena dekatkan diri dengan Pemilik hati saya.

kawan-kawan,mohon doa untuk ummi saya. (=

Tuesday, April 5, 2011

kawan,semoga kuat.

semalam,dapat mesej facebook dari seorang sahabat.


ya,sahabat rapat.yang jauh beribu batu.yang dah lama tak bertanya khabar dekat YM.yang dah lama tak borak-borak berkongsi masalah dekat YM.sehinggakan dia terpaksa drop message inbox fb,untuk mencuit sedikit perhatian saya.


mungkin,hidup kebelakangan ni agak tak teratur.banyak kerja yang perlu dibuat.tapi tak cukup masa tu adalah alasan yang paling tak logik.sebabnya,ketidak-pandaian mengurus waktu dan masa yang DIA bagi tu sebenarnya masalah besar.


maaf kawan,andai kekurangan diri tak dapat menunaikan hak saya sebagai seorang sahabat kamu sebaiknya.


sungguh.terkedu bila dapat mesej dari kamu.termenung sekejap bila kamu minta respon dari saya.


ya Allah,dah besar kita rupanya...


rasa macam baru lagi kita lepak dalam dorm makan maggi sama-sama hari tu. baru je lagi kita iron baju sekolah sambil sembang-sembang.baru je lagi kita buat homework sama-sama.baru je lagi awak..


tiba-tiba,dapat cerita dari kamu yang mak kamu sudah bertanya tentang jodoh.sudah berbicara soal rumah tangga.


sungguh.saya terkejut.tak sangka seawal ini.


kamu,sorry for not being there.sorry for not able to be your crying shoulder.sorry for not being a good listener.


maaf jugak,sebab saya tak cukup matang,tak cukup ilmu nak bagi pendapat tentang ni.tapi saya harap kamu kuat untuk buat keputusan yang terbaik untuk diri kamu.untuk masa depan kamu.


solatlah.berdoalah.mengadu dengan DIA.sebab DIA yang ciptakan kita,DIA pemilik hati kita.Jodoh itu juga urusan DIA.sudah dicatat di alam rahim,sudah termaktub di Luh Mahfuz.fikirlah sebetulnya,sebab ia bukan untuk kesenangan dunia,malah membawa ke akhirat sana,yang pasti.


Wanita yang baik untuk lelaki yang baik,begitu juga sebaliknya.Mungkin,Allah bukan sahaja ingin menguji cinta kita kepadanya,tapi juga cinta kita kepadaNYA.


tak mampu nak mengulas panjang.tak layak untuk berbicara soal ini.soal hati,soal perasaan,soal komitmen yang tinggi.


semoga kamu dapat menjadi setabah Hajar,sekental Fatimah,sekuat Aisyah.


Allah sentiasa tulis yang terbaik untuk diri kita,walaupun mungkin tak semua seperti apa yang kita hendak.


moga kamu dapat buat keputusan yang terbaik,yang mendapat redha dan restu emak ayah,juga redha DIA.


saya sayang kamu sampai syurga.