Monday, January 16, 2012

Kembara mencari hati

Assalamualaikum.


*tiupsawang,sapulantai*


Alhamdulillah,alhamdulillah,Allah izin lagi untuk menulis setelah sekian lama.Lama tak lama,ada la jugak dekat 9 bulan tak menconteng blog.Tadi nak log in pun dah hampir-hampir  lupa password.3,4 kali jugak la baru lepas masuk.hailaa..


Oh,winter break pun dah mula beberapa hari yang lalu.Selepas exam berderet yang horror dan scary,dan result yang dah pun keluar.Dan seperti biasa,cuti bermakna Irbid bakal senyap dan lenggang dengan maliziy.Majoritinya bermusafir,mengembara.


Dan saya juga,bakal berangkat ke Spain dan Italy petang esok,enshaAllah.Ya,esok.Tapi saya masih tak ada perasaan.Rasa bercampur baur.Hati melayang entah ke mana.Haih.Kalau diikutkan memang tak mahu pergi.Berat hendak bermusafir dengan hati yang hilang,perasaan yang terbang.


Tapi,sampai bila mahu ikutkan perasaan,kan?
Allah dah aturkan yang terbaik,dah tulis cantik-cantik.
Kau je yang tak nampak hikmahnya lagi,'Izzati!


Mohon doa agar semuanya dimudahkan.




Ya Allah,
Moga permusafiran ini,dikira sebagai nilai ibadah disisiMu.
Moga bertebarannya kami di muka bumi ini,menambahkan keimanan kami kepadaMu.
Moga usaha kami untuk mentadabbur keindahan alam ciptaanMu dapat mendekatkan kami denganMu.



Bumi andalus,bumi italy,izinkan aku mengutip tarbiah dari kamu,ya?

2 comments:

faraulah said...

wah. hamdallah. ke spain dan italy? sangat gembira untukkmu sahabatku. nak jeles pun tiada gunanya kan kan. heeeee.

moga awak ke spain tu dpt menyingkap dan merasai dngn hati yang betul2 sejarah islam yang kita belajar dlm isk tu. mesti sgt feel kan bila lihat dgn mata sendiri.

buat research sikit2 tentang tempat2 yg awk akan lwat nescaya awk akn dpt mengutip seribu hikmah bahkan beribu2 drp tempt yg awk akan pegi tu.

nima said...

selamat bermusafir!
jgn lupa doakan akk. doa org musafir kan mustajab. =)

ensyaallah, 5eir.
seelok2nya, cri dulu sjarah sgala tempat yg nk prgi. tp klu x smpt, bli lah buku travel apa2 kat sana. cuma klu nk bli yg murah, kne pndi pilih tempt. ok selamat!

jaga diri, jaga hati, jaga iman!