Sunday, May 15, 2011

Best kan ada Allah?

Assalamualaikum.
Sekarang ni style update blog sebulan sekali.bajet sibuk.haha.Padahal kalau selalu update pun bukan ada orang nak baca.Tapi biarlah,nak update jugak. =p


Oh,semalam tasjil subjek untuk summer sem.Biasalah,setiap kali tasjil rasa macam pergi berperang.Comel je tengok semua orang kalut-kalut,cuak-cuak.Time tengah tasjil tu bertimbun-timbun noti dari DENT'10.


"aku tak dapat ikhtiari lagi"
"biochem lab dah bukak,cepat daftar"
"syukbah 4 ada kosong lagi"
"jadual bertindih,tak dapat tasjil lab"
"ada orang nak tukar ikhtiari tak?'"


Keluar je post baru dekat wall,semua orang respond,semua orang tolong,semua orang fikir solution.Walaupun masing-masing punya pun berterabur lagi.Senyum sorang-sorang depan laptop.Indahnya ukhuwwah. (:


Jadual saya?
Hmm..seperti disangka,lari jauh dari plan asal.
Food Preservation hanya tinggal sisa.Farm Animal hanya tinggal t**i biri-biri.Biochem lab pun bertindih.


Takpe,takpe.Ada hikmahnya semua ni kan?Walaupun kadang-kadang tak macam yang kita nak pun,tak macam yang kita minta pun.Sebab perancangan Allah tu lagi besar dari perancangan kita.DIA sentiasa susun yang terbaik untuk kita,tulis ketentuan yang cantik untuk kita.Best kan ada Allah?


Ok,tak nak merepek lama-lama kat sini sebenarnya.Banyak lagi buku-buku yang menunggu untuk dibaca.5 subjek lagi tak exam.Doakan saya kuat.Sebab sekarang ni dah jadi semakin tak stabil.Musim-musim exam macam ni,selalulah habit-habit pelik keluar.Musim-musim kritikal orang kata.


Kalau dekat jami3h tu,time-time nak dekat exam ni doktor selalu cakap ; 
'Siapa yang datang muhadharah esok,saya akan bagi markah bonus'
Sebab biasanya time exam ni,tak ramai orang yang datang.So,doktor sangat menghargai students yang datang.Biasanya doktor akan tambah 1,2 markah.Tak logik pulak dia nak tambah 50 markah terus,kan?


Sebab,doktor punya markah bonus,limited.Tapi rahmat Allah,unlimited.


Jadi,waktu-waktu kritikal macam ni lah,kita kena grab opportunity ni betul-betul.Waktu yang sangat sesuai untuk dekatkan diri dengan Dia.Tingkatkan usaha kita,doa kita.Jangan risau,takkan rugi punya.Sebab Allah takkan sia-siakan doa dan usaha yang ikhlas sebab Dia.


See,best kan ada Allah? 


*senyum*

4 comments:

exsapphire said...

izzati, rasa mcm nak nangis, huhu. tgh final tapi tak dapat nak study sebab fikir problem ni

`Izzati Idris said...

dila,be strong dear!
insyaAllah khayr je.jgn lupa DIA selalu ada dengan kita,kan?

dentist-to-be said...

metot bace je blog ustazah..
hehehe..

bersama kak Es said...

blog ilmiah ni :)