Friday, September 10, 2010

The Kueh Maker [ edisi malam raya ]

Salam aidilfitri
maaf zahir batin
moga segala amalan kita pada Ramadhan ini diterima Ilahi hendaknya.

ok.teruskan kepada tajuk perbincangan kita.
hehe.
baiklah,tuan2 dan puan2.
pada hari ni,kita akan membuat sejenis kuih yg sgt mudah,ringkas,famous dan juga sangat sedap.
'Cornflakes Madu'
pernah dengar?selalu makan?familiar bukan kuih ini?

sebelum itu,kita lihat bahan2 utk membuatnya.



bahan2 nya sgt ringkas,n senang didapati di pasaraya berhampiran.hehe

ok,kita teruskan kpd methodnya.


mula2,cairkan planta di dalam periuk.
kalau x betul2 melt pon xpe,sebab planta ni utk bagi honey tu nanty x hangus je.


kemudian,kita masukkan gula.masukkan sesedap rasa ye.
jgn lupa sukat tahap kemanisan anda.hehe



ok.bila gula tu dh sebati,baru la boleh msukkan madu.
madu ni pon,sesedap rase jgak. =)



orayt.bila mixture tu td dah likat,n rase dia dh sedap,boleh la masukkan cornflakes.
saya guna 1 kotak besar cornflakes ni.
sblm tu,cornflakes ni kena ramas2 dulu,bg dia hancur sikit.
sebab kalau besar sgt,nanti susah nk msukkan dlm papercup.


lepas tu,kacau la cornflakes dgn mixture tu sampai sebati.
bila die dh jd mcm ni,boleh la tutup api tu.


then,boleh la letak dlm papercup yg tecit2 dan comey2 ni.
scoopkan gune tea spoon.
and,yg penting,jgn buat dekat dgn kipas taw.
nanty dia jd keras and susah nak scoopkan dlm papercup.
bila dh susun cantik2 dlm tray ni,
masukkan dm oven, at 120 dgree within 5-10 minutes je.
ianya bertujuan untuk bg cornflakes tu melekat cantik n tak berterabur.


kalau tak nak bosan makan yg kosong je.
boleh la letak aksesori tambahan.
saya mampu buat 3 flavour je.
satu saya letak kismis hitam,satu letak almond and lagi satu letak manik kaler-kaler ni.
yg paling sedap,letak kismis tu la.
sebab rase manis kismis tu lain skit.
ha,kalau nak letak kismis tu,jgn lupe chop dulu ksmis tu.
ini utk tak nak bg dia manis sangat.
tp,ape2 pun,terpulang pd citarasa masing2.

orayt.rasenya itu shj utk episod kali ini.
bertemu lagi dalam episod akan datang.
wassalam.

Saturday, September 4, 2010

R.I.N.D.U


Salam 'alayk.
Sharing is caring,kan??
so,nak share gmbar shj.
gambar2 kenangan waktu kerja part tyme lepas spm dulu.
kerja ape?
hehe.jd ustazah kat skolah kafa.
ajar budak tadika.
kelakar kan?
sangat seronok mnjadi cikgu rupenye.
walaupun kesabaranku sering teruji.
first time dipanggil 'ustazah',
perasaan bercampur-baur kot tyme tu.
tak tahu nak interpret macam mane.
terharu + dihargai + seronok
sume ade
lagi seronok bila budak2 tu paham ape yg aku ajar.
baru aku tahu perasaan cikgu2.
bile kite paham apa yg cikgu ajar,cikgu tu akan rase gembira sangat.
bile kite tido tyme cikgu mengajar,cikgu tu akan rase sedih.
bile kite bercakap tyme cikgu bercakap kat depan,cikgu tu akan terus jadi x dek mood.
bila kite berjaya,dpt skor subjek yg cikgu tu ajar,cikgu tu akan bangga sangat.
kenapa aku tahu?
sebab aku dah rase semua ni.
walaupun aku hanya ajar budak2 tadika.
aku faham perasaan seorang GURU tu.
dan,aku rase bersalah sangat kat cikgu2 aku.
kenapa aku x sedar mnde2 ni semua dari dulu?
mintak maaf cikgu2. T_T
ok,teremosi seketika.
mula2 td cakap nak share gmbar je.
ni dah merapu panjang2.hehe

ok.let the pictures talk.




aiman ultraman.[ budak ni akan bawak patung ultraman dlm beg setiap kali dtg kelas aku.sabo je la..]




fayyadh.sangat2 nakal.tp comel.kawan2 dia selalu gelak kat die bila die cakap sleng kedah.
contoh;'ustazah,nak AYAQQ...LAPAQQQ...'hehe.

Ezil Eizani.aku minat gile kot name die.unik dan sedap.


haziq hamzah.hobi dia tido dlm kelas.kalo die rase nak tido,die tido je.kalo aq x bagi,dia nanges.sabo je la..lagi satu,dia tak pernah tanggal beg dia.akan galas atau peluk sepanjang masa.tak tahu la ada ape dalam beg dia tu.
adriana afrina dgn bazilah.budak2 pandai nih.

girls yang sangat cute dan manja.slalu la kena pujuk dieorang nanges kalo budak laki usik ke,buku x jumpa ke,mak datang lambat ke.[aku rase kecik2 dulu aku x cam tu pon.hehe]
mula-mula,khusyuk la buat kerja...lepas tu...
the focus is kadir yang sangat comel.budak paling kecik kot dalam kelas.dan juga,farisha adriana & zulfa maisara yg sangat rajin.
assabiyah???no comment..
aku keluar pegi tandas sekejap je.balik-balik,semua nak jadi cikgu.sabo je la..
sila abaikan muka aku yg sedang tensen itu.tyme ni baru lepas mop lantai.ade budak ke****g dalam kelas.

banyak lagi gambar sebenarnya.
tapi malas nak upload.
next entry la ye.
jumpa lagi.
wassalam.






Friday, September 3, 2010

The Kueh Maker [ Part 2]

Salam alayk.oke.ini lg post tentang kuih.
sebab tak tahu nak type ape.tapi nak update jugak.
ini kes jeles tgok org lain yg slalu update blog die.
hehe
2,3 hari lpas jugak.
ade buat lg 1 kuih utk berbuka.
dan kerana kuih ini adalah kuih favouriteku,
maka bersungguh2 lah daku blajar membuatnya.
hehe.

ihsan dari google.



yup.this is my favourite.
name kuih ni,KUIH SAGU.
tp org kampug aq,[terengganu] panggil BRONOK.
tak tahu la org kmpg laen pggl ape.
kuih ini sgt SEDAP.
tapi tak tahu la kat jordan ade sagu ke tak.
kalau tak dek sagu,and tibe2 kempunan nak makan,macam mane???
sedih sebentar. T_T

ok,here goes the recipe.


Kuih Sagu @ Bronok

2 cawan sagu halus- basuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula ( boleh lebih/kurangkan )
Pewarna yg disukai
Kelapa parut + sedikit garam

1. Didihkan air bersama gula
2. Apabila mendidih masukkan sagu
3. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih
4. Masukkan pewarna yg disukai, kacau sebati
5. Angkat, tuangkan dlm acuan yg telah digris dgn butter/minyak
6. Setelah sejuk bolehlah dipotong2 dan digaulkan dgn kelapa parut 


Sangat senang kan resipi ni??
dan,inilah hasil air tangan aku.

sangat penat untuk mengacau sagu ini sehingga pekat.macam kacau dodol je.



bila dah sejuk,boleh la potong.




tadaaa!!yummy.delicious.marvellous.irresistible.and of course,edible.






jgn pelik ye,kuih ni kaler hijau.
biasenye jumpe kaler merah kan?
instead of using pewarna merah and esen rose,
i use pewarna hijau and daun pandan.[wangi sket.hehe]

sebab ade pewarna hijau je dlm peti ais,so kite gune ape yg ade je la..


p/s ; cuba ye,jgn x cube!nantikan episod masak-masak akan dtg.hehe






Tuesday, August 31, 2010

Being The 'Kueh' Maker..hehe

Salam alayk..

hari ni dh 22 Ramadhan.sgt sedih.beberapa hari je lg Ramadhan akan berakhir.
oke,juz wanna share something.
2 hari lepas,my sister ask me to make some kuih for buka pose.
x taw nak buat kuih ape,so bukak la buku resipi.
then,jmpe la kueh yg sgt senang utk dibuat.
'BUAH MELAKA'
or org kampung pggl,'ONDE-ONDE'
but,when it comes to my abah,he will call it;
'BUAH KEKOH CHA'
haha.sgt sengal..

resipinya sgt senang oke!
wut u need is only tepung pulut,pewarna kaler hijau,kelapa parut putih n gula melaka.
uli tepung with pewarna[but i use daun pandan yg dikisar instead of pewarna,thats why kaler die x cantek sgt].
then,buat doh kecik bentuk bulat2,leperkan n masukkan gula melaka.
bulatkan balik,campak je dlm air yg tgh mndidih.
bila dh timbul,angkat and terus gaul dgn kelapa parut yg dh digaul dgn garam.
pas 2 boleh la makan.. =)
sgt snang.kan?kan?hehe.
30 minit before buka puase pn sempat lg nk buat.
so,please try,oke!

This is how my onde-onde look like.delicious rite?hehe

p/s; selamat mencuba!have fun!

Saturday, June 19, 2010

Usrah..


Salam 'alayk..
agak lame jugak x menyapu sawang kat blog ni.
tu la zati..org laen ade blog,ko sibuk nk wat blog jgk..
pas tu x update2.huhu.
lotsa things 2 share..tp sgt mls nk mnulis..
asyik malas je kan?susahnye ya Allah nk buang sifat malas ni..
hehe.lame dh x dpt vitamin rajin dr ummi.
kalu kat umah 2,slalu la kena dgr 'talk' ummi.kurang la sket malasnye.


btw,smalam kakak usrah,k.akmar de dtg ziarah kat intec.
bawak baby die yg sgt comel dan cute~Dayang Asma'..
comel sgt,tp x sempat nk snap gmbr dy...[frust]


k.akmar ni seorg architect,grad from Melbourne.bru je balik Msia bln 2 ari tu.
dulu dy student INTEC jgk,program ausmat.
husband dy pn same,but he's an engineer.


ok.stop merepeking.
main point is aq nak crite psl pengisian usrah dari k.akmar.
semlam,kami bincg psl tafsiran surah yasin,ayat 13-30.












diz is the text n translation.klik for larger view.

ayat2 ni mceritakan ttg 1 kaum yg didtgkn Allah utusan utk mendakwah mereka.tp mereka menolk utusan trsebut.bkn 1,bkn 2,tp 3 org utusan.kaum ni bkn shj menolak utusan2 tu,malah menuduh mereka berdusta dan mengugut utk bunuh mereka.utusan2 yg didatangkan Allah ni juga manusia.kenapa ye,Allah x utuskan malaikat utk berdakwah kat manusia?knape Allah x utuskan malaikat utk jd rasul yg membimbing?yang mengelurakan dari kesesatan?

ya.semua perkara yg Allah tentukan,ade hikmahnye.kalau malaikat yg diutuskan,tentu susah kite nak jadikan die qudwah,nak ikut perbuatan die.ye la,fitrah manusia dan malaikat,x same.sangat2 berbeza.mesti ade suara2 yg ckap,"ye la.die malaikat,boleh la nak buat macam tu.nak jadi baik mcm tu.kite manusia."kan?pasti,kite pon x mampu nk jadi mcm die,nk mencontohi die.besar kan kuasa Allah?betol la,mcm firman die dlm surah al-Baqarah,"Allah x membebankan sesorg melainkan dgn kemampuannya'~ayat 286.

ok.back to the story.then,tibe2 dtg seorg lelaki dr hujung kmpg,ckp dekat kaum dia supaya ikut utusan Allah tu.dia cakap,utusan2 Allah tu adalah dr klgn org2 yg dh dpt petunjuk,dan mereka x minta apa2 upah or bayaran pun dari pendudk kmpg tu.then when the penduduk kampung ask why?die jawab,"jika aku terus berada dlm keadaan begitu,pasti aq berada dlm kesesatan yg nyata"

see?cara die menjawab soalan 2 sgt berhikmah.die x trus blame kaum die,tp die guna perkataan yg lembut,pendekatan yg berhikmah.we should apply diz in our daily life,nak tegur org,nak nasihat org ade caranya.yup,kewajipan kita sebagai umat islam,kena berdakwah.bukan tugas dakwah ni hanya kpd ustaz,ustazah.alim ulama je.teringat dekat satu ayat(x sure hadith ke ape),yg slalu diulang2 oleh senior tyme tazkirah kat sekolah dulu."Man qola Lailahaillah wa huwa da'ie"~barangsiapa yg mengucapkan Lailahaillallah,maka dia adalah seorang da'ie.seorg pendakwah.yg bertanggungjawab trhdp mad'u2 nya.amar ma'ruf nahi mungkar 2 pn tggngjwb kite jgk.tp ramai di antara kite yg x sedar ttg mnde ni.


ok.iklan lg.hehe.then lelaki tu ckp yg dia telah beriman.tibe2,msuk scene lain."dikatakan kpd lelaki trsebut,'masuklah ke dlm syurga'.".knape tibe2 lelaki 2 disuruh msuk ke dlm syurga?ya.sebab dia dh mati,dibunuh oleh kaumnya.tp ape yg lelaki 2 ckp,'alangkah baiknya jika kaumku mengetahui'.
lelaki ni sgt ikhlas dlm nk mengajak kaum dia menyembah Allah.yup,nk berdakwah.ikhlas 2 sgt penting.even nk buat ape2 pun,ikhlas tu penting.btol x?

kemudian,Allah turunkan bala kat kaum tu.dgn satu teriakan je,seluruh kaum tu musnah..ye,dgn sekelip mata je.bile Allah ckp,kun fayakun.kaum2 tu dh dpt balasan.

so,moral of the story is;
-berdakwah ada caranya.
-kalau ade org yg tegur kite,nasihat kite,kena trime.
-jadilah org yg paling bijak,,dgn sentiasa mengingati mati dan bersedia utk menghadapinya.

p/s;ade sape2 nak tmbh moral value??


Wednesday, June 9, 2010

Jalan2 ke alam perkahwinan

Assalamualaikum...
Sekadar ingin berkongsi cerita untuk mentarbiah diri...semoga kita mendapat pengajaran daripadanya....
--------------------------------------------------

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.

Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah (bertunang) apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"



Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."



"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga membuatkan beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.


Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.



"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."




Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.





............ ......... ......... .........








"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."




Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.

p/s : untungnya insyirah.. diberi peluang untuk berkhitbah dan sempat menyediakan kain putihnya... kita???... moga Allah memberikan yang terbaik untuk kita...ameen~~

sekian lama..

salam alayk..
yup.setelah sekian lama.
baru sempat diri ini menulis entry ke-2.hehe.
busy dan malas dan x sempat.
on9 tu slalu je,tp dok blog walking,smpy lupe kat blog sdiri.
alhamdulillah,dah sbulan aq kat intec shah alam.
furthering my study to the next level.
the harder level.
praise to Allah,impianku utk melanjutkan plajaran ke Jordan dimakbulkan jua.
thanx also to MARA,for giving me a chance to be a dentistry student.
eventhough thats not my first choice to be a dentist actually.
moga Allah mudahkan urusanku,utk mencapai cita2 ini.
sungguh,sangat susah utk menyesuaikan diri dgn kehidupan baru ni.
utk adapt dgn environment yg sgt berbeza dr skola dulu.sangat2.
sometimes,feeling like nak surrender pon ade.
especially bile x paham sgt ape yg lecturer 2 ajar.
tgok org laen,ok je..
sedih sgt2,bila fikir,knape org laen boleh faham,aq x boleh???
mampu ke aq nak catch up semua ni?mampu ke aq nak compete dgn dieorg sume,yg star2 ni?
tp fikir2 semula.
kan Allah dah cakap,'la yukallifullah hu nafsan illa wus'aha'.Allah x akan membebankan seseorg 2,melainkan dgn kesanggupannya.
mungkin segala yg berlaku ni ada hikmahnya.
mungkin jugak aq kena muhasabah diri.mgkin aq ade buat dosa dgn Allah,dgn ummi abah,dgn cikgu2 n even dgn kawan2.
dosa yg mengeraskan hati ini.
ya Allah,ampunkanlah dosa hambaMu ini.kuatkanlah semangatku.mudahkan urusan hambaMu ni utk menimba secebis ilmu di muka bumiMu ini Ya Rabb.