Showing posts with label saya. Show all posts
Showing posts with label saya. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

buku catatan itu


"Pada hari itu kamu semua dihadapkan (untuk dihisab), tidak ada suatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi. Maka siapa yang diberikan menerima kitab amalannya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan suka citanya kepaada siapa yang ada disisinya) : Nah! Bacalah akan kitab amalanku ini sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin bahawa aku akan menghadapi hitungan amalan ku (pada hari yang ditentukan). Maka (dengan itu) beradalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, di dalam syurga yang tinggi (darjatnya), buah-buahnya dekat untuk dipetik. (Meraka dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan) : Makan dan minumlah kamu akan makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amalan-amalan soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia). Adapun orang yang diberikan menerima kitab amalannya dengan tangan kirinya, maka akan berkata ia (dengan sesalnya) : Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan kitab amalanku dan aku tidak dapat mengetahui akan hitung amalanku. Alangkah baiknya kalau kematian ku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi) harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikit pun."


buku catatan tu!!
banyak lagi comot-comot,buruk-buruk,koyak-koyak.selekeh betul!
hari tu dah kata nak hias cantik-cantik,bersih-bersih.
tapi tak selalu masa rajin tu datang.banyak je alasan yang bagi.sibuk lah,penat lah.
ahh,nama pun manusia!

teringat...

adik : 'kakak,nak download cerita korea tu boleh tak?semua kawan-kawan adik dah tengok.dieorang cakap best.'
kakak : 'hari tu  kan dah cakap tak nak tengok movie dah.nak stop dah.'
adik : 'ala,kali ni je akak.sekali je.betul.janji.'
kakak : 'ikut adik la.tapi kalau nanti kat akhirat Allah tanya,adik nak jawab ke masa yang Allah bagi tu adik guna  utk tengok movie?'


tu la.DIA nak terima ke alasan kita tu nanti?
DIA nak terima ke buku yang selebet tu?
takut-takut,kalau dia bagi balik buku tu untuk kita terima dengan tangan kiri.na'uzubillah.

'ya Allah,jadikanlah aku daripada kalangan yang sedikit'

*muhasabah*


tekateki : ayat kat atas ni dalam surah apa?yang masyi-masyi tu,boleh la jawab. =)


Wednesday, February 16, 2011

pengganti makhluk putih

Hari tu ; 

Abah : kaklong,dah beli handset baru ke?

Saya : belum.tak retilah nak beli handset sendiri.tak tahu nak beli yang macammana.

Abah : tak pelah.nanti abah try survey handphone kat sini.kalau ok,nanti abah beli.kirim dekat ira.

Saya : ok.


beberapa hari kemudian


Abah ; abah dah beli handset.flight ira balik jordan semula esok.nanti pergi la ambik kat rumah dia.

Saya : abah beli handset ape?

Abah : tengok je la nanti.ummi yang pilih.tak tahu la kaklong berkenan ke tak.

Saya : ok.

kemudian..




ini kiriman dari ummi abah.serius terkejut,terharu,tak-tahu-nak-cakap-apa.
niatnya nak beli yang biasa-biasa sahaja.tak tahu pulak abah beli yang macam ni.
rasa bersalah pun ada.sebab mintak abah belikan.tapi nak buat macammana,anak perempuan abah yang sorang ni tak cukup matang lagi.nak beli handset sendiri pun tak reti. ^^

lepas dapat makhluk coklat ni,terus contact ummi abah.haih.rasa nak nangis pun ada dapat surprise macam ni.

ummi cakap ; 

"ummi abah happy je kalau kaklong suka.jaga betul-betul handset tu,belajar rajin-rajin.ummi abah doa selalu kat sini."

simple.but enough to make me burst out into tears.

ummi,abah.terima kasih banyak-banyak.kaklong janji jaga amanah ni betul-betul.janji tak bagi masuk washing machine lagi.

untuk makhluk putih,saya mintak maaf.makhluk coklat ni dah jadi kawan baru saya.awak jaga diri elok-elok ye dalam laci tu. =)

oh,ya.dapat makan sambal belacan ummi setelah 5 bulan cukup untuk buat hati ni meronta-ronta nak balik rumah.3 bulan setengah lagiiiii....(yup.saya dah buat countdown)

duhai hati,sabarlah. T_T

ok.enough izzati.OC tak baca lagi.juz 3 tak mengulang lagi.page baru tak hafal lagi.
*admit yg sisa-sisa bersenang-lenang time cuti terbawa-bawa lagi sekarang.haih.apa nak jadi.

till then,tata.

Thursday, January 13, 2011

Usaha tangga kejayaan tu salah sebenarnya.





1 unread message in your inbox


*******************************

sy dulu mse dpt result utk sem satu amat down untuk bbrp hari. then sy fikir2 balik.
ni yg sy fikirkan.
hehe.

apa yg sy belajar dri muqaddimah fi zilal quran, sebenarnya sesiapa yg hidup di bwh bayangan Al-quran, usaha tiada langsung kaitan dengan kejayaan. usaha tu mmg kerja manusia yg dicipta sebagai hamba kat dunia, and tugasnya tak ada melainkan 51:56.
so, peribahasa usaha tangga kejayaan tu mmg tak betul. usaha tugas manusia, kejayaan urusan Allah.

macam skng, zati byk2 doa yg usaha2 dulu untuk exm hari tu Allah terima disisiNya. Allah tahu yg terbaik.

Dan sekarang, terus belajar, jadikan, sy ulang jadikan, belajar itu sbg ibadah, doa pada Allah mula2 nak belajar tu , Ya Allah, jadikan apa yang aku lakukan ini, study bio ni cthnya, engkau kira sbg kebaikan disisimu, jdikan ia ada manfaat untuk agama mu, dan apa2 lagi lah.

usaha mmg tggjwb n amanah kita, kjayaan urusan Allah.

dan untuk result yg dpt tu, bersyukurlah. mungkin ada lagi yg rendah. ya, untuk bersyukur itu bukan sekadar sujud syukur shja, hati perlu redha, redha.

kita selalu berdoa agar menjadi hamba yg bersyukur, Allah timpakan ujian buat kita. kita lulus atau tidak. dalam quran kan byk..qalilan mina tasykurun, la'allakum tasykurun,

inshaAllah sama2 muhasabah. hehehe ♥



**********************************

awak,terima kasih. <3


"Do not think that this world is ever perfect for anyone.There is no one on the face of earth who gets all that he wants or is free from all kinds of distress" - dr.'aid al-qarni

terima kasih juga untuk komen-komen yang membina dari kamu-kamu semua.

moga Allah redha semuanya.

Monday, January 10, 2011

2:216




Bila dah tension dengan exam,rasa down dengan markah yang dah keluar,rasa rendah diri bila tengok result orang lain,ayat Allah ni jugak yang memberi ketenangan.Paksa diri baca ulang-ulang kali sampai puas,sampai rasa tenang,sampai rasa hati ni terpujuk dengan kalam suci tu.


Betullah,macam ada orang cakap,


"human being is easy to get jealous on something they didn't have but hard to be grateful on what they already have".



Bukan semua benda yang baik tu nikmat dan bukan semua benda yang buruk tu bala.Yang pasti,setiap yang berlaku tu banyak hikmah yang kena cari dan renung semula.Sebab,Allah Maha Mengetahui,apa yang kita tak tahu,kan?


Ok 'izzati,it's time to revive spirit and top-up iman.Nak tunggu sampai bila lagi?


Moral value;


Last minute person memang tak akan berjaya dengan cemerlang.Ya,hasil cukup-cukup makan memang boleh dapat,tapi tak sama sekali berjaya dengan cemerlang.
Sebab study ni tak sama dengan main bola sepak.Walaupun dah minit-minit terakhir,pemain bola sepak tu boleh je jadi hero pasukan bila score gol kemenangan.Tapi kalau kita yang study last-last minit ni,mampu ke nak jadi scorer?




*dush!untuk diri sendiri.

Tuesday, December 14, 2010

Selamat Tinggal


Sehari semalam direndam di dalam beras.
2 hari 1 malam ditinggalkan bersama pakcik kedai henfon.
Malangnya,tidak dapat diselamatkan.


Mintak maaf makhluk putih.
Jodoh kita tak panjang.
Semoga kamu berehat dengan aman.
Pengorbananmu ku kenang.
Terima kasih kawan.


tinggal kenangan

Nama : Makhluk putih
Spesies : SE W508
Tempoh Persahabatan : 5 bulan 
Detik pertemuan : Hadiah daripada Encik Idris kepada anak perempuannya yg careless. =.="

Dah nak sampai seminggu rosak,baru berani nak bagitahu abah.Cuak sebenarnya.

On Skype;
Saya : abah,handset kaklong rosak.
Abah : rosak?bakpe?
Saya : err..masuk mesin basuh.dah hantar kedai tapi tak boleh baiki.
Abah : oh.beli je  la yang baru.
Saya : ???? (muka blurr)
Abah : abah tengok model baru nokia tu pun ok jugak.C3 ke,C5 ke.
Saya : err.. ok!

Hehe.nasib baik tak kena marah.
Punya lah cuak sebab handset tu abah yang bagi.
Tapi,tak rasa nak pakai handset baru lagi kot sekarang.
Tak tahu nak beli handset apa pun.

Ada hikmahnya kot Allah tarik nikmat ni.
Kafarah dari Tuhan mungkin?
Panggilan buat diri yang semakin lalai,lagha.
Terimakasih ya Allah.
Atas peringatan yang dibalut kemas seribu hikmah ini.

notakaki : 
- oh ya,contact number semua lenyap dalam makhluk putih itu.jadi,sila perkenalkan diri kalau nak sms or call.
-lagi satu,dialog saya dengan abah tak lah se'skema' itu.sungguh dop reti langsung nok tulih semula loghat bahasa tranung dalang bentuk tulisang. ^_^


Wednesday, December 8, 2010

Hati


"Saat imanku jatuh serendah-rendah darjat,kau tetapkanlah hatiku padaMu.
Saat imanku menggunung tinggi,kau peganglah hatiku semahuMu"

Apabila kita dah semakin jauh dengan DIA,
mungkin ni lah masanya untuk revive balik semangat dan top-up iman.


~ sangat tak sedap hati malam ni.tak tahu apa puncanya.mungkin ada yang tak kena. =.="

~oh,makhluk putih itu masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh.ada hikmahnya kot.Allah tarik nikmat tu,untuk muhasabah diri.supaya tidak leka,mungkin.

Tuesday, December 7, 2010

Mohon doa.



Lepas isya'.
bilik hujung floor.sakan kuning.syari' jami'ah.

Mesin basuh dalam mode 'filling water'.Sikit lagi nak penuh,sebelum bertukar ke mode 'wash'.
Jeling jam kat meja.Alamak,dah 6.45.Buku bio lab tak baca lagi.Esok mesti ada kuiz.

Jeling meja sekali lagi.Tak nampak makhluk kaler putih yang comel tu.
Dalam beg kot,sambil tangan raba-raba beg cari.
Tak dek.Jeling katil pulak.Tak dek jugak.
Selak hirom,raba bawah bantal.Takdek.
Mana makhluk kaler putih ni menyorok.

Rewind.rewind.

Ha,sweater.dalam poket.Bukak almari.Tak nampak sweater.Pelik.Mana?

Mesin basuh bunyi tiba-tiba.Pandang.Sweater.Mesin basuh.

Alamak!

Stopkan mesin.Cari sweater.Raba poket.Ada.
Cis.Kat sini rupanya menyorok.
Angkat.Buat keluar.Basah.
Tekan.Tak nyala.Oh,lemas ke??

Emergency.Blank.Blur.
Ceat-cepat cabut baju,keluarkan isi perut.Ambik kain.Lap.
Pasang balik.Tak menyala.

"Awak.Jangan lah macam ni.Hidup lah balik.Nanti macamana saya nak call ummi saya.."

Tak boleh jadi ni.Tak boleh jadi.

Sarung tudung.Pakai sweater.Ajak roomate.Satu je tujuan sekarang.Syari' Jami'ah.
Jalan laju-laju.Tak nampak tempat lain dah.Kedai handphone dkt tangga bwh tanah.
Lalu mat'am dhoia'ah.Ada orang pandang-pandang.Lalu Mat'am Abu Mahmud pun same.
Pelik.Kenapa?Ah,abaikan.

Masuk kedai.Buat keluar makhluk putih tu.Pak cik tu tengok.Buat muka simpati.
'Maaf.Orang yang boleh repair ni baru je balik rumah tadi.Boleh la datang semula pagi esok.Pukul 10 pagi'.(dalam english accent urdun yg pekat)
Sedih.Kecewa.

Keluar kedai.Kena cari destinasi lain ni.Tiba-tiba baru perasan.

'Kita jalan 2 org je kan tadi?'
'Dah pukul 7.30 malam ni kan?'
Oh,tak dek muraqib.Baru faham pandangan penuh makna kat mat'am tadi tu.
'Nak teruskan misi meredah syari' jami'ah ni ke?'
'Sanggup tanggung risiko?'
'Tak pelah.Malas nak panjang-panjang cerita'.

Akur.Hampa.Jalan balik sakan dengan perasaan yang dah lemas sekali dengan makhluk tu.

On the way,nampak kedai handphone 'Burj Hammoud' menyala.

'Nak try nasib tak?'
'Jom'.

Masuk kedai.Ada pakcik duduk sorang-sorang.Berusia sikit dari pakcik tadi.
Buat keluar makhluk putih tu.Explain sikit-sikit.
Sambil buat muka habis kesian.
Pak cik tu pandang sambil senyum.Ya,senyum.

'Awak ada beras kat rumah?'
'Oh,mestilah.'(sambil otak tgh fikir ape kaitan beras dengan makhluk tu)
'Masukkan benda ni dalam bekas beras,semalaman.Pagi esok,insyaAllah dia hidup balik.'
'3an jad??Are u sure pak cik??'
'Sure.Kalau tak elok,datang semula esok.'
'Ok,saya cuba.'

Keluar kedai dengan perasaan yang tak -tahu-nak-cakap-apa dah.

Pak cik,harap-harap petua pak cik ni mujarab untuk sembuhkan dia.Mohon doa kalian juga.

notakaki;
-harap-harap makhluk putih tu sembuh esok.tak mampu lagi kot nak angkat C7 ke Vivas pro ke. =_='
-maaf kepada mata-mata yang memandang itu.tak sempat nak fikir apa-apa dah tadi.sungguh.


Tuesday, November 30, 2010

Exam

Bismillah.
dalam fatrah imtihan skarang.
ye,esok exam.
dan saya menaip entry di malam exam.
*sila jangan marah ye hanan*
hehe

otak dah tepu sebenarnya.
baca buku dari pagi tadi.
walaupun tak lah membaca sangat sebenarnya.
plus,suhu yg agak sejuk.
juga,terpaksa menahan kesakitan itu.
akibat stok painkiller yang dah habis.
-_-"
ok.sangat menguji keimanan.
tapi takpe,
sakit tu kan kifarah dosa.
*ayat nak sedapkan hati*



S-T-U-D-Y


oh ya,
esok saya exam chemistry.
lusa - biology
day after tulat (tak tahu nak panggil ape) - english and arab


doakan saya.dan juga kawan-kawan saya yang lain.
moga dimudahkan segala urusan kami untuk exam kali ni.
harapnya doa kami.juga kalian diterima Allah.




dinner kami mlam ni.
minggu exam ni memang payah sikit nak tengok dapur berasap.
nasib baik sakan kuning ni sebelah je dengan kedai  beriyani hindi yang kecik comel.
ada delivery pulak tu.
Alhamdulillah.


sebenarnya,
nak bagitahu.
saya jumpa benda yang best masa study tadi.



nota chemistry saya yang comot


nampak tak equation tu?
sweet kan?

betul lah.
macam status kawan saya kat fesbuk tadi.

MashaAllah~ sungguh indah rasanya apabila mengaitkan semua bidang ilmu(akademik&agama) kedalam 'satu'...nescaya,kita akan berbalik kpd Al-Quran semula..berbalik kpd ALLAH :)


sungguh.
apa-apa yang kita buat.
takkan boleh lari dari DIA.
sebab DIA Tuhan kita.
semua ni milik dia.
kan?


ok lah.
cukup membebel.
nak sambung study.
professor fink dah panggil.
video cellular respiration dia tak habis tengok lagi.
^_^





notakaki ; seronok sebab dah tahu lirik qasidah imam rusli.dengan translation pulak tu.selama ni main baca sukahati je ikut budak-budak soutul huffaz nyanyi kat maahad dulu.[walaupun mood sronok itu agak spoil sebab juz 6 x lancar. =(  ]





Monday, November 1, 2010

I deserve it.

With the name of Allah,

Time mengulang hafalan semalam,
terjumpa ayat ini,

"..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal ia baik bagi kamu.
boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia tidak baik bagi kamu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
Al-baqarah;216

terhenti sekejap.
yup.sangat terkesan dengan ayat ni.
terasa sangat.

exam baru2 ni.
sangat men'down'kan semangat.
kadang2 sampai terfikir,
layak ke aku berada kat tempat ni?
layak ke aku nak hadapi semua ni?

jahilnya aku,
bila rasa yang Allah tu tak adil,menghukum aku.
busuknya hati ni.
padahal Allah tu Maha Pengasih.
takkanlah Dia takdirkan ujian untuk menyusahkan hambaNya.


sungguh.ayat ni menyedarkan aku.
ujian yang Allah bagi ni,mesti ada hikmahnya.

mungkin aku dah terlalu jauh dengan Allah.
ujian ni,utk aku taqarrub semula dgn Allah.
Allah sentiasa rindu dengan doa hambaNya,rayuan hambaNya.
sangat tidak bersyukur,bila aku tak mengahargai kerinduan tersebut?
kan?

yup.
aku kena cek semula diri ni.
muhasabah semula.
ujian ni,untuk recharge iman.
bukan untuk jauhkan diri dari Allah.
dengan menyesali takdir yang ditentukan.

betullah,ade org cakap.
UJIAN ITU NIKMAT.
nikmat untuk dekatkan diri dengan Allah.
nikmat tu,sebagai tanda kasih sayang DIA kat kita.


"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”
Surah Ali Imran;142.


Semoga aku dapat lebih bersabar.
dengan ujian yang aku terima.
Ya Allah,ampunkan hambaMU,atas keterlanjuran ini.


moga doa nabi sulaiman ini,
dapat menjadi penguat semangat.


"Ya Tuhanku,anugerahknalah aku ilham,untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku,dan kepada kedua orang tuaku,dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai;dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh'
An-naml;19.


Ameen..





Monday, October 25, 2010

Alhamdulillah..


Assalamu'alaikum
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
segala puji bagiMu Ya Allah.
syukur padaMu Ya Rabb.

Terima kasih Ya Allah.
Kerana memakbulkan doa hambaMu ini.
Terima kasih Ya Allah.





ok,sangat susah nak explain perasaan aku sekarang.
tak tahu nak cakap ape.
tyme dpt surat tu.sangat excited.
excited sebab kecuakan menunggu.
since hari temuduga tu.
membawa berita gembira.
yang sangat tak disangka2.

semoga,
ia dapat menjadi permulaan baru buat diri ini.
untuk lebih istiqamah dlm mengulang hafalan lama.
untuk lebih bersemangat menambah hafalan baru.
untuk lebih bertanggungjawab dalam menjaga kalam Allah.

moga ia dapat menjadi turning point juga,
untuk lebih meningkatkan amal dan ibadah.
lebih berhati2 dalam setiap perbuatan.
lebih berhemah dalam tutur kata.
lebih tekun dalam blajar.
lebih berusaha untuk recharge iman.
lebih giat utk mencari mardhatillah.

semoga aku dapat mejaga hak-hak aku sebagai
seorang hamba
khalifah
dai'e
anak
pelajar
kakak
sahabat
dan juga
sebagai hamalatul quran.


setiap perkara yang berlaku,ada hikmah di sebaliknya.
ternyata,Allah dah merancang yang terbaik untuk aku.
moga aku dapat memikul amanah ini dengan sebaiknya.
doakan aku.

Saturday, September 4, 2010

R.I.N.D.U


Salam 'alayk.
Sharing is caring,kan??
so,nak share gmbar shj.
gambar2 kenangan waktu kerja part tyme lepas spm dulu.
kerja ape?
hehe.jd ustazah kat skolah kafa.
ajar budak tadika.
kelakar kan?
sangat seronok mnjadi cikgu rupenye.
walaupun kesabaranku sering teruji.
first time dipanggil 'ustazah',
perasaan bercampur-baur kot tyme tu.
tak tahu nak interpret macam mane.
terharu + dihargai + seronok
sume ade
lagi seronok bila budak2 tu paham ape yg aku ajar.
baru aku tahu perasaan cikgu2.
bile kite paham apa yg cikgu ajar,cikgu tu akan rase gembira sangat.
bile kite tido tyme cikgu mengajar,cikgu tu akan rase sedih.
bile kite bercakap tyme cikgu bercakap kat depan,cikgu tu akan terus jadi x dek mood.
bila kite berjaya,dpt skor subjek yg cikgu tu ajar,cikgu tu akan bangga sangat.
kenapa aku tahu?
sebab aku dah rase semua ni.
walaupun aku hanya ajar budak2 tadika.
aku faham perasaan seorang GURU tu.
dan,aku rase bersalah sangat kat cikgu2 aku.
kenapa aku x sedar mnde2 ni semua dari dulu?
mintak maaf cikgu2. T_T
ok,teremosi seketika.
mula2 td cakap nak share gmbar je.
ni dah merapu panjang2.hehe

ok.let the pictures talk.




aiman ultraman.[ budak ni akan bawak patung ultraman dlm beg setiap kali dtg kelas aku.sabo je la..]




fayyadh.sangat2 nakal.tp comel.kawan2 dia selalu gelak kat die bila die cakap sleng kedah.
contoh;'ustazah,nak AYAQQ...LAPAQQQ...'hehe.

Ezil Eizani.aku minat gile kot name die.unik dan sedap.


haziq hamzah.hobi dia tido dlm kelas.kalo die rase nak tido,die tido je.kalo aq x bagi,dia nanges.sabo je la..lagi satu,dia tak pernah tanggal beg dia.akan galas atau peluk sepanjang masa.tak tahu la ada ape dalam beg dia tu.
adriana afrina dgn bazilah.budak2 pandai nih.

girls yang sangat cute dan manja.slalu la kena pujuk dieorang nanges kalo budak laki usik ke,buku x jumpa ke,mak datang lambat ke.[aku rase kecik2 dulu aku x cam tu pon.hehe]
mula-mula,khusyuk la buat kerja...lepas tu...
the focus is kadir yang sangat comel.budak paling kecik kot dalam kelas.dan juga,farisha adriana & zulfa maisara yg sangat rajin.
assabiyah???no comment..
aku keluar pegi tandas sekejap je.balik-balik,semua nak jadi cikgu.sabo je la..
sila abaikan muka aku yg sedang tensen itu.tyme ni baru lepas mop lantai.ade budak ke****g dalam kelas.

banyak lagi gambar sebenarnya.
tapi malas nak upload.
next entry la ye.
jumpa lagi.
wassalam.