Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Usaha tangga kejayaan tu salah sebenarnya.





1 unread message in your inbox


*******************************

sy dulu mse dpt result utk sem satu amat down untuk bbrp hari. then sy fikir2 balik.
ni yg sy fikirkan.
hehe.

apa yg sy belajar dri muqaddimah fi zilal quran, sebenarnya sesiapa yg hidup di bwh bayangan Al-quran, usaha tiada langsung kaitan dengan kejayaan. usaha tu mmg kerja manusia yg dicipta sebagai hamba kat dunia, and tugasnya tak ada melainkan 51:56.
so, peribahasa usaha tangga kejayaan tu mmg tak betul. usaha tugas manusia, kejayaan urusan Allah.

macam skng, zati byk2 doa yg usaha2 dulu untuk exm hari tu Allah terima disisiNya. Allah tahu yg terbaik.

Dan sekarang, terus belajar, jadikan, sy ulang jadikan, belajar itu sbg ibadah, doa pada Allah mula2 nak belajar tu , Ya Allah, jadikan apa yang aku lakukan ini, study bio ni cthnya, engkau kira sbg kebaikan disisimu, jdikan ia ada manfaat untuk agama mu, dan apa2 lagi lah.

usaha mmg tggjwb n amanah kita, kjayaan urusan Allah.

dan untuk result yg dpt tu, bersyukurlah. mungkin ada lagi yg rendah. ya, untuk bersyukur itu bukan sekadar sujud syukur shja, hati perlu redha, redha.

kita selalu berdoa agar menjadi hamba yg bersyukur, Allah timpakan ujian buat kita. kita lulus atau tidak. dalam quran kan byk..qalilan mina tasykurun, la'allakum tasykurun,

inshaAllah sama2 muhasabah. hehehe ♥



**********************************

awak,terima kasih. <3


"Do not think that this world is ever perfect for anyone.There is no one on the face of earth who gets all that he wants or is free from all kinds of distress" - dr.'aid al-qarni

terima kasih juga untuk komen-komen yang membina dari kamu-kamu semua.

moga Allah redha semuanya.

Monday, January 10, 2011

2:216




Bila dah tension dengan exam,rasa down dengan markah yang dah keluar,rasa rendah diri bila tengok result orang lain,ayat Allah ni jugak yang memberi ketenangan.Paksa diri baca ulang-ulang kali sampai puas,sampai rasa tenang,sampai rasa hati ni terpujuk dengan kalam suci tu.


Betullah,macam ada orang cakap,


"human being is easy to get jealous on something they didn't have but hard to be grateful on what they already have".



Bukan semua benda yang baik tu nikmat dan bukan semua benda yang buruk tu bala.Yang pasti,setiap yang berlaku tu banyak hikmah yang kena cari dan renung semula.Sebab,Allah Maha Mengetahui,apa yang kita tak tahu,kan?


Ok 'izzati,it's time to revive spirit and top-up iman.Nak tunggu sampai bila lagi?


Moral value;


Last minute person memang tak akan berjaya dengan cemerlang.Ya,hasil cukup-cukup makan memang boleh dapat,tapi tak sama sekali berjaya dengan cemerlang.
Sebab study ni tak sama dengan main bola sepak.Walaupun dah minit-minit terakhir,pemain bola sepak tu boleh je jadi hero pasukan bila score gol kemenangan.Tapi kalau kita yang study last-last minit ni,mampu ke nak jadi scorer?




*dush!untuk diri sendiri.

Wednesday, December 29, 2010

Exam is Here




اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

 “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”




"Orang yang bejaya adalah orang yang berbaik sangka terhadap usahanya dan menjangkakan akan kejayaan.Apa yang dijangka dan disangka didalam hati adalah doa dalam senyap." ~Razzi Ar-Mansur~ 




*Fuhh.Tiup doa untuk semua.Moga Allah mudahkan urusan kita.Selamat menjawab dengan tenang.

Thursday, December 23, 2010

Kagum



Kepada junior-junior Pahang Tahfiz Institute,tahniah untuk kamu semua.
81% straight A's.
The best in Pahang!
Good job everyone!
Kepada yang dah berjaya mengkhatamkan 30 juzuk tu,double congrats untuk kamu!
Kagum dengan kamu semua sangat-sangat.
Cemerlang akademik,masyi hafazan.
Mantaplah korang!
Sesungguhnya saya bangga jadi senior kamu-kamu semua.
SPM nanti buat molek-molek yep!


wajah-wajah bahagia.
bukan main lagi,siap dapat bunga sorang satu.
*tak puas hati sebab masa SPM dulu aku tak dapat bunga pun*


"Bersyukurlah dengan pencapaian ini.Kejayaan yang cemerlang ini tetap tidak akan bermakna sekiranya mereka tidak menjadikannya sebagai batu loncatan untuk berjihad menegakkan kalimah Allah ditempat tertinggi. Dengan itu mereka perlu cemerlang akhlak dan sahsiah dan mampu menunjukkan kewujudan AlQuran yang berada di dalam dada mereka." - Ustaz Soleh



Tahniah juga kepada ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu kat Maahad.Tanpa kalian semua yang bersusah payah untuk kami semua,takkan kami semua jadi macam ni.heh.



artikel tahun lepas.saja nak letak.
bagi semangat sikit dekat senior-senior kamu yang tengah musim exam sekarang ni.
doakan kami dapat cemerlang macam korang jugak.


notakaki ; kepada kawan-kawan saya yang dah bertebaran di serata alam,All the best!



Tuesday, November 30, 2010

Exam

Bismillah.
dalam fatrah imtihan skarang.
ye,esok exam.
dan saya menaip entry di malam exam.
*sila jangan marah ye hanan*
hehe

otak dah tepu sebenarnya.
baca buku dari pagi tadi.
walaupun tak lah membaca sangat sebenarnya.
plus,suhu yg agak sejuk.
juga,terpaksa menahan kesakitan itu.
akibat stok painkiller yang dah habis.
-_-"
ok.sangat menguji keimanan.
tapi takpe,
sakit tu kan kifarah dosa.
*ayat nak sedapkan hati*



S-T-U-D-Y


oh ya,
esok saya exam chemistry.
lusa - biology
day after tulat (tak tahu nak panggil ape) - english and arab


doakan saya.dan juga kawan-kawan saya yang lain.
moga dimudahkan segala urusan kami untuk exam kali ni.
harapnya doa kami.juga kalian diterima Allah.




dinner kami mlam ni.
minggu exam ni memang payah sikit nak tengok dapur berasap.
nasib baik sakan kuning ni sebelah je dengan kedai  beriyani hindi yang kecik comel.
ada delivery pulak tu.
Alhamdulillah.


sebenarnya,
nak bagitahu.
saya jumpa benda yang best masa study tadi.



nota chemistry saya yang comot


nampak tak equation tu?
sweet kan?

betul lah.
macam status kawan saya kat fesbuk tadi.

MashaAllah~ sungguh indah rasanya apabila mengaitkan semua bidang ilmu(akademik&agama) kedalam 'satu'...nescaya,kita akan berbalik kpd Al-Quran semula..berbalik kpd ALLAH :)


sungguh.
apa-apa yang kita buat.
takkan boleh lari dari DIA.
sebab DIA Tuhan kita.
semua ni milik dia.
kan?


ok lah.
cukup membebel.
nak sambung study.
professor fink dah panggil.
video cellular respiration dia tak habis tengok lagi.
^_^





notakaki ; seronok sebab dah tahu lirik qasidah imam rusli.dengan translation pulak tu.selama ni main baca sukahati je ikut budak-budak soutul huffaz nyanyi kat maahad dulu.[walaupun mood sronok itu agak spoil sebab juz 6 x lancar. =(  ]





Monday, November 1, 2010

I deserve it.

With the name of Allah,

Time mengulang hafalan semalam,
terjumpa ayat ini,

"..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal ia baik bagi kamu.
boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia tidak baik bagi kamu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
Al-baqarah;216

terhenti sekejap.
yup.sangat terkesan dengan ayat ni.
terasa sangat.

exam baru2 ni.
sangat men'down'kan semangat.
kadang2 sampai terfikir,
layak ke aku berada kat tempat ni?
layak ke aku nak hadapi semua ni?

jahilnya aku,
bila rasa yang Allah tu tak adil,menghukum aku.
busuknya hati ni.
padahal Allah tu Maha Pengasih.
takkanlah Dia takdirkan ujian untuk menyusahkan hambaNya.


sungguh.ayat ni menyedarkan aku.
ujian yang Allah bagi ni,mesti ada hikmahnya.

mungkin aku dah terlalu jauh dengan Allah.
ujian ni,utk aku taqarrub semula dgn Allah.
Allah sentiasa rindu dengan doa hambaNya,rayuan hambaNya.
sangat tidak bersyukur,bila aku tak mengahargai kerinduan tersebut?
kan?

yup.
aku kena cek semula diri ni.
muhasabah semula.
ujian ni,untuk recharge iman.
bukan untuk jauhkan diri dari Allah.
dengan menyesali takdir yang ditentukan.

betullah,ade org cakap.
UJIAN ITU NIKMAT.
nikmat untuk dekatkan diri dengan Allah.
nikmat tu,sebagai tanda kasih sayang DIA kat kita.


"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”
Surah Ali Imran;142.


Semoga aku dapat lebih bersabar.
dengan ujian yang aku terima.
Ya Allah,ampunkan hambaMU,atas keterlanjuran ini.


moga doa nabi sulaiman ini,
dapat menjadi penguat semangat.


"Ya Tuhanku,anugerahknalah aku ilham,untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku,dan kepada kedua orang tuaku,dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai;dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh'
An-naml;19.


Ameen..