Friday, December 31, 2010

Alhamdulillah,masih bernafas.

Malam tahun baru sebelum ni,mana pernah tidur awal.Ye lah,konon nak tengok bunga api.Nak countdown sama-sama dengan orang kat dalam tv.Padahal tv kat Malaysia memang dok tayang konsert je 2,3 jam sebelum tu.Sambut dengan penuh kgembiraan,kelalaian.Seronok lah sangat.

Sampai terlupa nak ucap 'Alhamdulillah' sebab Allah masih lagi bagi pinjam nyawa.
Terlupa nak bersyukur sebab Allah masih lagi bagi peluang nak bernafas atas bumi DIA.
Terlupa nak berterima kasih sebab Allah tak tarik lagi nikmat Iman dan Islam yang DIA bagi.

**************************

1 Januari 2011.

Bersyukur sangat,sebab tahun ni dapat sambut tahun baru dengan cara yang lain dari sebelum-sebelum ni.Walaupun jauh dari keluarga,jauh dari Malaysia,saya tetap gembira sambut tahun baru ni.Sebab saya ada kawan-kawan yang best.

Mana tak best nya.Pagi-pagi pukul 4,dah kecoh satu sakan.Bising bunyi orang ketuk pintu bilik.Riuh dengan suara-suara yang nak kejut orang bangun.Mula-mula pelik jugak,sebab azan subuh pun belum.ALLAH..lupa pulak!Kan dah janji nak bangun qiam sama-sama pagi ini.Nak sambut tahun baru dengan solat hajat berjemaah.

Kalau ikut hati,dah nak sambung tidur balik dah tadi.Dah nak tarik hirom semula dah.Tapi,Alhamdulillah,Allah campakkan jugak hidayah nak bangun tadi.Kalau tak,alamatnya syaitan dah berseronok berpesta kot tadi.

Lepas solat subuh dan Mathurat berjemaah,kami main game.hehe.Biarlah tak dapat main bunga api pun.At least game bantal beracun tadi dapat tambah ilmu baru.Mimi pasang lagu sambil pass-pass bantal.Lagu stop bantal dekat tangan aku.Ok,kena jawab soalan.

Mimi : Sebutkan 3 peringkat dalam Ikhlas.

Huh!Dah la tengah mengantuk.Dapat pulak soalan killer.Nak jawab apa pun tak tahu.Nasib baik kawan-kawan saya pandai-pandai.hehe.

Ok,ini jawapan:

Peringkat pertama : Buat sesuatu perkara sebab takut dengan balsan siksaan azab Allah.
Peringkat kedua : Buat sesuatu perkara sebab inginkan ganjaran syurga dari Allah.
Peringkat ketiga dan yang tertinggi : Buat sesuatu perkara semata-mata kerana Allah.

Ha,bagi jawapan macam dalam skema SPM memang senang.Tapi nak buat tu?Allah..tak semudah bercakap.kan?

Tapi tak pelah,tahun baru ni,mulakan dengan baik.Walaupun tahun baru Islam dah 26 hari berlalu.Sempat je nak berubah lagi.Buku rekod pun baru lagi.Sempat je lagi nak decorate cantik-cantik,nak hias elok-elok.Takkanlah nak jadi macam tahun lepas,hantar buku rekod catatan yang buruk.Yang tak siap,yang bertampal-tampal.Kan?



Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.    (13:11)


Kan Allah dah cakap.Ubah diri sendiri dulu.Macammana nak ubah Malaysia yang macam-macam masalah tu,nak ubah gejala sosial yang berleluasa tu,kalau tak ubah diri sendiri dulu.Kan?

"Kalau nak solat subuh pun terkial-kial a.k.a subuh gajah selalu, tak payahlah nak beria berbahas pasal freemas** ke illumina**.Pergilah cari jalan nak bangun awal dulu. Bukan apa, perkara2 tu memanglah masalah ummah, tapi masalah ummah bermula dari masalah individu. Masalah individu bermula daripada dia mengabaikan solatnya.Jangan hanya sedar hujan di luar tapi tak sedar dalam rumah atap dah bocor!" ~ seseorang.

Sumpah terasa!Memang kena betul-betul lah atas dahi.

Ok lah,tak tahu nak cakap ape dah pun.Kena pergi sambung study.

~ Tak dapat nak bayangkan rindunya bila dah tak duduk kat sakan lagi nanti.Mana nak cari nanti kawan-kawan nak solat jemaah sama-sama,nak main tolak-tolak jadi imam kat depan,nak dengar korang-korang bagi tazkirah peringatan lepas subuh,nak baca mathurat sama-sama,nak tergolek-golek ramai-ramai dalam surau lepas solat.So,jom hargai masa yang ada ni betul-betul. =)

Thursday, December 30, 2010

Salji di JUST.




‘Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia menurunkan ais dari langit, dari gunung-gunung, makan ditimpakannya ais itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan dihindarkanNya dari siapa yang Dia kehendakinya. ( An-Nur: 43)’


Ibnu Mas'ud RA mengalu-alukan kedatangan musim sejuk dan berkata ; 

'Selamat datang musim sejuk, turun padanya keberkatan, malamnya panjang untuk berqiamullail, pendek siangnya untuk berpuasa.'


Allah.Moga kita diberi kekuatan untuk itu.

Kekuatan yang luar biasa untuk menarik hirom,bangun berwuduk menunaikan solat.
Kekuatan yang luar biasa untuk berpuasa sunat tanpa mengadu letih.
kekuatan yang luar biasa untuk meredah kesejukan ke kelas tanpa mengeluh.


Ya,kekuatan yang sangat luar biasa diperlukan,untuk mujahadah melawan diri sendiri.Tak semudah itu kan nak mujahadah?Pahit,kelat,masam semua kita kena tempuh,semata-mata untuk syurga yang manis itu.Kan?

Jom,sama-sama kita cari redha Allah. =)


Tapi kadang-kadang saya lupa tangan yang menaip dan telinga yang mendengar ni lebih dekat sebenarnya.Lupa diri sendiri bila sibuk-sibuk nak pesan kat orang lain.So,tolong ingatkan saya ya kawan-kawan.



*Muhasabah diri,lepas berliqa' bersama penduduk sakan kuning lepas solat subuh tadi.Terima kasih kawan-kawan,peringatan yang sangat membina.



-Entry yang sangat tak dek kaitan dengan tajuk.oh,gambar JUST itu sudah lupa cilok dekat mana.entah tahun bila punya.harapnya tahun ni dapatlah merasa ambik gambar macam tu.





Wednesday, December 29, 2010

Exam is Here




اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

 “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”




"Orang yang bejaya adalah orang yang berbaik sangka terhadap usahanya dan menjangkakan akan kejayaan.Apa yang dijangka dan disangka didalam hati adalah doa dalam senyap." ~Razzi Ar-Mansur~ 




*Fuhh.Tiup doa untuk semua.Moga Allah mudahkan urusan kita.Selamat menjawab dengan tenang.

Sunday, December 26, 2010

Menjemput Bidadari



Bila yakin telah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga


Sementara waktu berlalu

Penantian tak berarti sia sia

Saat perjalanan adalah pencarian diri



Laksana Zulaikha jalani hari

Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati

Di penantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan



Segera kan kujemput engkau bidadari

Bila tiba waktu ketemukan aku

Ya Ilahi Rabbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku di langkah ini
Di pencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Untuk bersama menuju Mu mengisi hari


Kini yakin telah tiba

Teguh di dalam jiwa

Kesabaran adalah permata



Dan waktu terus berlalu

Penantian tak berarti sia sia

Saat perjalanan adalah pencarian diri



Laksana Adam dan Hawa

Turun ke bumi terpisah jarak waktu

Di penantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan



Bidadari telah menyentuh hati

Teguhkan nurani

Bidadari telah menyapa jiwa
Memberikan makna



Segera kan kujemput engkau bidadari

Bila tiba waktu ketemukan aku

Ya Ilahi Rabbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku di langkah ini


*semua orang nak update blog pasal tasjil,aku update pasal bidadari kira ok la kan?
*oh,lirik lagu ini sangat meaningful.kalau tak,takkan lah ada org dengar boleh tangkap leleh kan? ^_^


Saturday, December 25, 2010

25,26 dan 27.

25 Disember

Ya,saya tahu hari ni hari christmas.Tapi,hari ni birthday pak sedara saya yang hensem jugak.


pak sedara saya yang hensem ni bujang lagi. =)



Pok Di,
Selamat Hari Lahir.
Jangan manjakan ps3 dan GT5 banyak sangat.
Nanti kesian kucing-kucing yg comel kat rumah tu,tadop org nok bg makang. =)
Semoga dalam lindungan Allah selalu.
Hadiah?err..
wishlist pok di xperia x10 mini pro ye?macam x mampu je nak bg.hehe
Doakanlah kaklong berjaya dengan cemerlang kat sini,dan dapat tunaikan janji kaklong nak bawak pok di pergi Anfield satu hari nanti.
Ameen.




26 dan 27.

Oh,2 hari ni birthday adik kembar saya yang mengada baik.
dah 12 tahun dah.seminggu dua lagi dah nak daftar masuk sekolah menengah.



tarikh lahir mereka tak sama.walaupun mereka kembar.sebab sorang lahir pukul 11.57 malam,sorang lagi pukul 12.02 pagi.masa kecik sama lagi.bila dah besar ni,adik pulak yang lagi besar dari kakak.


Wardah Muslimah & Wardah Mukminah,


semoga kamu berdua dapat hadapi ujian kat luar sana seeloknya.
cabaran kat luar sana tu,Allah je yang tahu risaunya kaklong.
ummiabah apatah lagi.so,jaga diri elok-elok.
solat jangan tinggal,dengar cakap ummiabah.
belajar jangan malas-malas.behave.
semoga kamu dapat menjadi mawar yang harum sentiasa.seharum nama kamu.



notakaki;tahu je nanti korang mesti tunjuk gambar celebrate sama-sama tu dekat kaklong.tahu je nak buat kaklong kat sini jeles. =(












Thursday, December 23, 2010

Kagum



Kepada junior-junior Pahang Tahfiz Institute,tahniah untuk kamu semua.
81% straight A's.
The best in Pahang!
Good job everyone!
Kepada yang dah berjaya mengkhatamkan 30 juzuk tu,double congrats untuk kamu!
Kagum dengan kamu semua sangat-sangat.
Cemerlang akademik,masyi hafazan.
Mantaplah korang!
Sesungguhnya saya bangga jadi senior kamu-kamu semua.
SPM nanti buat molek-molek yep!


wajah-wajah bahagia.
bukan main lagi,siap dapat bunga sorang satu.
*tak puas hati sebab masa SPM dulu aku tak dapat bunga pun*


"Bersyukurlah dengan pencapaian ini.Kejayaan yang cemerlang ini tetap tidak akan bermakna sekiranya mereka tidak menjadikannya sebagai batu loncatan untuk berjihad menegakkan kalimah Allah ditempat tertinggi. Dengan itu mereka perlu cemerlang akhlak dan sahsiah dan mampu menunjukkan kewujudan AlQuran yang berada di dalam dada mereka." - Ustaz Soleh



Tahniah juga kepada ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu kat Maahad.Tanpa kalian semua yang bersusah payah untuk kami semua,takkan kami semua jadi macam ni.heh.



artikel tahun lepas.saja nak letak.
bagi semangat sikit dekat senior-senior kamu yang tengah musim exam sekarang ni.
doakan kami dapat cemerlang macam korang jugak.


notakaki ; kepada kawan-kawan saya yang dah bertebaran di serata alam,All the best!



Tuesday, December 21, 2010

Kek Lapis Qishtoh



Kek Lapis Qishtoh.
Warisan turun temurun masyarakat melayu di Irbid.
haha.sukahati je bagi nama.
al-kisah,
kami para sanfourah ni dapat resipi ni dari senior.
senior tu dapat dari senior sebelum tu,yg dapat dari senior sebelum-sebelum tu jugak.
kira turun temurun la tu kan?
hehe.


hasil kerja tangan beberapa orang  penduduk sakan kuning.
maaf.comot-comot itu,kesilapan teknikal.
heh.





senang dan sedap.
sape yang tak reti buat ni,tak boleh kawin.
haha.


notakaki: 
-entry ni ditulis semalam sebenarnya.sambil makan pai apple teynmeed yg sangat sedap itu.*aku promote ni teyn.hehe*.
-kalau nak resepi tu,sila la tanya senior anda. =)


Wednesday, December 15, 2010

Abah

"Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada
ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap
wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang
terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa
wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian
membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang
berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti"...

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya
termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu,
terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan :
"Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si
ayah,
yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan
ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi
berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan
sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang
benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan
menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa
wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya
menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu
seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali.
Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu
rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin
keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia
senantiasa
akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya
merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk
membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan
kegagahannya harus cukup kuat pula
untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari
sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal
dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali
dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat
dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya
tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya
berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan
dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi
keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua
orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."


"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan
membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa
adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya
keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang
demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan
situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai
perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan
perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur
lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan
bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling
menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk
memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya
tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali
ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk
memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah
isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri
yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik
suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu
akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri,agar tetap
berdiri,
bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa
lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan
menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan
badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang
bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa
berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya,
kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin
keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat
dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan
yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab
ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan
berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang
sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam
dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

******************************************************************

Jumpa cerita ni dekat satu website tadi.Cerita yang cukup buat saya tersentak,terpana.Cukup buat saya mengalirkan air mata tanpa dipinta.Huh,sudah lama tak menangis begini.Teresak-esak macam budak kecil.Taip entry ni pun sambil kesat air mata lagi.Tiba-tiba rasa sayu sangat hati ni.Sayu teringatkan abah.

Obviously,memang saya lebih rapat dengan ummi dari abah.Dan,saya yakin hampir semua orang pun macam tu.Dari kecik sampai lah ke besar ni,apa-apa pun mesti bagitahu ummi dulu.Dari form 1 duduk asrama,kalau telefon rumah mesti cakap dengan ummi.Walaupun tahu je abah sentiasa duduk kat sebelah dengar perbualan kami.Bukan tak pernah call abah,tapi jarang sangat.Abah pulak,lebih banyak diam dari bercakap.Tanya khabar,borak-borak sikit,lepas tu,”cakap dengan ummi pulak la ye”.Ya,abah memang lebih banyak diam dari bersuara.Diam seorang ayah,bukan bermakna dia tak sayang kita.Cuma cara dia ekspresikan kasih sayang dia tu berbeza sebenarnya.Berbeza dengan cara seorang ibu menzahirkan kasih sayang. Kadang-kadang kita tak sedar pun perkara ni,sebab kita tak pernah cuba pun untuk meneliti dan memahami kasih-sayangnya.Allah..

Bila fikir-fikir balik,renung-renung balik,banyak je benda sweet yang abah buat.Cuma saya je yang tak perasan kot.

Ingat lagi dulu,masa darjah 5 dengan 6,abah jadi guru kelas,ajar Matematik.Abah memang sangat garang dekat sekolah.Yelah,nama pun guru disiplin.Latihan Matematik tu,kalau ada salah ke,cuai ke,dapatlah habuannya.Kalau bukan kena rotan dengan pembaris panjang tu,bulu ayam pun jadilah.Kalau sampai giliran saya,lagilah kuat daripada orang lain kena.Kalau time nak tanda kertas periksa saya kat rumah,memang dia akan panggil saya dengan ummi duduk kat sebelah.Tanda depan mata saya,pangkah terang-terang part yang saya salah.Lepas tu,cakap kat ummi.”Tengok anak awak ni,cuai tak cuai.”Aduh.memang masa tu rasa geramnya tak payah cakap lah.Tapi,kalau abah tak buat macam tu,mungkin saya tak jadi macam sekarang ni.Terima kasih abah.

Masa dapat result PMR dulu,abahlah yang paling gembira dengan result saya.Mana taknya,sebab masa UPSR saya tak dapat straight A.Abah cabar saya untuk dapatkan straight A tu masa PMR.Alhamdulillah saya berjaya.Tapi,satu hari tu,abah bawak balik borang temuduga,suruh saya isi.Rupanya tu borang temuduga untuk masuk Mahad Tahfiz.Oh,mana mungkin saya nak tukar sekolah,nak tinggal kawan-kawan.Punyalah bagi macam-macam alasan tak nak pergi temuduga tu.Sampai nangis-nangis.Tapi akhirnya saya ikut juga,dalam geram.Kuasa Allah,saya lepas temuduga,diterima masuk maahad.Ya,kalau bukan sebab abah,saya tak dapat nikmat jadi hamalatul quran ni.Baru saya sedar,yang abah nak anaknya hafal quran,sebab dia dah tak mampu nak buat semua tu.Sebab dia tahu yang para penghafaz Quran ni,akan bagi syafa’at kepada ibu bapanya kat akhirat nanti.Sebab tu dia serahkan amanah tu kat saya.Allah,kenapalah saya tak terfikir dulu.

Hari tu,masa hari raya,chatting dengan Kak Ti (sepupu).Mengadu sebab sedih tak dapat balik raya kat rumah.Jealous dengan Kak Ti yang dapat balik bercuti dekat Kuantan.Nak tahu apa Kak Ti cakap?

Kak Long kena sabar.Bila dah buat kputusan nak pergi Jordan,tak ada perkataan balik Kuantan dlm kamus kehidupan di sana.Masa k.long nak naik flight tu kan,tahu tak abah ckp apa?Abah terduduk,lepas tu abah ckp,tak sanggup nak lepas sebenarnya,tapi ye lah..itu cita2 dia..So,belajar rajin-rajin tau,banggakan abah .”

Sungguh.terduduk lepas baca apa yang Kak Ti tulis.Terharu memang tak payah nak cakap lah.Baru sedar yang masa hari tu,memang nangis dekat bahu abah,sampai basah baju abah.Tapi abah just usap kepala sambil diam je,tak cakap apa-apa pun.Terfikir jugak,abah tak sedih ke anak sulung dia ni nak pergi jauh?Tapi sebenarnya lelaki memang macam tu,dan kita kena faham tu.

Kalau nak ikutkan,banyak sangat peristiwa yang antara saya dengan abah.Yang saya tak sedar,setiap perkara yang abah buat tu,ada sebabnya.Setiap kali dia marah,dia tegur,ada sayangnya. Teringat ceramah Ustaz Kasim Elias yang dengar dekat You Tube hari tu.Dekat sini.
“Walaupun saya dilahirkan sebagai anak yatim,saya bersyukur sebab saya tak ada dosa dengan ayah saya.Saya tak pernah tengking ayah saya.Saya tak pernah hempas pintu depan ayah saya”.
Allah.Banyaknya dosa saya dengan abah.

Kawan saya pernah cakap,perempuan ni,dia akan cari suami yang macam ayah dia jugak.Dan saya hanya mengiakan sahaja.

Ya,saya mengaku,abah saya sangat sweet.Walaupun dah 20 tahun kahwin dengan ummi,abah tak pernah lupa birthday ummi,birthday kami anak-anak dia.Wedding anniversary diorang lagilah.Setiap tahun,memang akan keluar pergi dinner berdua masa tarikh tu.Tak pernah miss.Ingat lagi,masa saya ada dekat asrama.Adik cerita,yang masa hari birthday ummi,abah lepas balik sekolah,tinggal adik-adik kat rumah and terus pergi bandar,tanpa cakap apa-apa.Call ummi,ummi pun tak tahu abah pergi mana.Lama lah jugak,sampai ummi dah balik dari sekolah.Tiba-tiba,abah muncul depan pintu rumah dengan bunga mawar sejambak.Untuk ummi.


See?Mana saya nak cari orang yang sweet macam abah ni.hehe.


Abah.Tingginya kasih sayangnya.Banyaknya pengorbanannya.Nak cerita semua memang tak habis lah.

Terima kasih ya Allah,kerana kurniakan aku nikmat ini.

"Kasih sayang tidak diluahkan dengan kata-kata,sebaliknya perbuatan yang menjadi penghubung bicara"

Sekarang dah jauh,saya rindu nak salam tangan abah,rindu nak cium pipi abah,rindu nak peluk abah. Saya rasa saya belum mampu jadi anak yang baik. Rasa budi abah masih lagi tak berbalas.

P/s : Abah,you are always my dad.Kaklong akan sayang abah jugak,tetap sayang abah jugak,selamanya akan sayang abah jugak,InsyaAllah.

P/s 2 : sayang ummi juga. ^_^. Moga ummi abah disayang Allah sentiasa.

Tuesday, December 14, 2010

Selamat Tinggal


Sehari semalam direndam di dalam beras.
2 hari 1 malam ditinggalkan bersama pakcik kedai henfon.
Malangnya,tidak dapat diselamatkan.


Mintak maaf makhluk putih.
Jodoh kita tak panjang.
Semoga kamu berehat dengan aman.
Pengorbananmu ku kenang.
Terima kasih kawan.


tinggal kenangan

Nama : Makhluk putih
Spesies : SE W508
Tempoh Persahabatan : 5 bulan 
Detik pertemuan : Hadiah daripada Encik Idris kepada anak perempuannya yg careless. =.="

Dah nak sampai seminggu rosak,baru berani nak bagitahu abah.Cuak sebenarnya.

On Skype;
Saya : abah,handset kaklong rosak.
Abah : rosak?bakpe?
Saya : err..masuk mesin basuh.dah hantar kedai tapi tak boleh baiki.
Abah : oh.beli je  la yang baru.
Saya : ???? (muka blurr)
Abah : abah tengok model baru nokia tu pun ok jugak.C3 ke,C5 ke.
Saya : err.. ok!

Hehe.nasib baik tak kena marah.
Punya lah cuak sebab handset tu abah yang bagi.
Tapi,tak rasa nak pakai handset baru lagi kot sekarang.
Tak tahu nak beli handset apa pun.

Ada hikmahnya kot Allah tarik nikmat ni.
Kafarah dari Tuhan mungkin?
Panggilan buat diri yang semakin lalai,lagha.
Terimakasih ya Allah.
Atas peringatan yang dibalut kemas seribu hikmah ini.

notakaki : 
- oh ya,contact number semua lenyap dalam makhluk putih itu.jadi,sila perkenalkan diri kalau nak sms or call.
-lagi satu,dialog saya dengan abah tak lah se'skema' itu.sungguh dop reti langsung nok tulih semula loghat bahasa tranung dalang bentuk tulisang. ^_^